"Queen Of Malaysia The Biggest Hypocrite" - Netizen Marah Imam Palsu Hina Permaisuri Agong
Tolong jangan biadap ok!
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri diketahui memiliki keperibadian yang sangat murni dan berjiwa rakyat
Tidak dinafikan, YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sangat disenangi kerana sikap yang mudah didekati dan sering prihatin dengan masalah dihadapi oleh rakyat dan negara.
Malah, baginda berdua dilihat sering turun padang bagi membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan sehingga mendapat pujian daripada netizen.
Sebagai contoh baru-baru ini, seakan memahami kepenatan dan kepayahan yang dilalui oleh para petugas barisan hadapan dalam menangani Covid-19, Raja Permaisuri Tunku Hajah Azizah mengharukan rakyat jelata apabila baginda menghadiahkan makanan kepada kakitangan Hospital Sungai Buloh.
Apa yang lebih mengharukan, makanan yang disumbangkan itu dimasak sendiri oleh Raja Permaisuri Agong untuk diberikan kepada mereka.
Namun semalam, tular di Twitter tentang satu kenyataan berbaur penghinaan terhadap Raja Permaisuri Agong
Tweet yang menggangu sensitiviti rakyat Malaysia itu telah dibuat oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @imamofpeace.
Menerusi tweet yang ditulis itu, dia berkata "Queen Malaysia adalah wanita paling hipokrit di Asia, memasak untuk petugas barisan hadapan ketika wabak Coronavirus.
Individu ini menambah "Tetapi dia (Raja Permaisuri Agong) tidak akan berkata apa-apa mengenai wanita dan gay dari Malaysia yang telah dipenjara dan dibunuh di bawah undang-undang Syariah."
Indiividu yang kononnya dikenali sebagai Imam of Peace ini kemudiannya turut menyertakan gambar seorang wanita yang sedang dihukum depan khalayak di dalam tweet tersebut.
Tweet yang dibuat individu itu telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia
Rata-rata rakyat Malaysia menyatakan bahawa dakwaan yang dibuat individu itu adalah tidak tepat di mana gambar tersebut sebenarnya di Indonesia dan bukannya Malaysia.
Susulan daripada penghinaan yang dibuat itu, netizen di Twitter juga turut membuat laporan secara beramai-ramai terhadap akaun tersebut.