seismik

"Punyalah Degil Rakyat Malaysia Sampai YDP Agong Pun Turun Buat Roadblock"

Menerusi rakaman video, dapat dilihat YDP Agong telah memandu sendiri kenderaan untuk meninjau beberapa lokasi termasuk sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis.

Cover image via Instagram @istana_negara & Instagram @astroradionews

Susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak dua hari lalu, hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sendiri telah turun padang meninjau keadaan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur

Menerusi rakaman video yang dikongsikan laman Instagram @istana_negara, dapat dilihat YDP Agong telah memandu sendiri kenderaan untuk meninjau beberapa lokasi termasuk sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis.

Turut menemani baginda adalah anakanda baginda, Tengku Muhammad Shah.

Bukan itu sahaja, menerusi video tersebut, baginda turut bertitah terdapat banyak lagi kenderaan di jalan raya dan perkara tersebut sememangnya bukan sesuatu yang baik.

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berkenan untuk bersama-sama melihat sendiri perjalanan sekatan jalan raya yang dilakukan di 3 jalan utama di ibu negara

Menurut laporan Free Malaysia Today, baginda meluangkan masa kira-kira setengah jam di jalan-jalan berkenaan bagi melihat sendiri perkembangan operasi dan menasihati pengguna jalan raya agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Sehubungan daripada itu, YDP Agong telah melahirkan penghargaan kepada usaha-usaha yang dilakukan anggota polis dalam operasi berkenaan dalam menghentikan wabak Covid-19 dalam negara.

Lagi video YDP Agong ketika melakukan roadblock:

Umum mengetahui baginda memiliki sifat keperibadian tinggi dan begitu mengambil berat mengenai nasib rakyat dan negara

Susulan tularnya gambar serta video YDP Agong 'melakukan' roadblock ini di laman-laman sosial, para warganet tidak melepaskan peluang memuji cara baginda mencemar duli untuk meninjau sendiri keadaan rakyat.

Berikut adalah antara komen warganet melalui hasil tinjauan di laman Twitter:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: