seismik

"Ada CCTV, Boleh Nampak Semua" - Bekas Pekerja Nasihat Jangan Buat 'Wayang' Dalam Pawagam

Kegunaan kamera CCTV night vision ini adalah bagi mencari semula barang-barang yang ditinggalkan tanpa sengaja oleh penonton seperti beg dompet atau telefon bimbit.

Cover image via Khaosod

Apabila ada sahaja filem-filem baru ditayangkan di pawagam, rata-rata peminat filem akan berasa teruja dengan filem tersebut

Sudah pastinya mereka tidak akan melepaskan peluang untuk menontonnya bersama saudara atau teman-teman di panggung wayang.

Selain daripada filem yang menarik, keselesaan tempat duduk di dalam pawagam kadangkala juga amat dititikberatkan oleh penonton. Maklumlah, untuk dapatkan pengalaman sinematik terbaik, mestilah kita inginkan yang terbaik.

Namun begitu, kadang-kadang tanpa diduga, waktu sedang syok tengok wayang ini kita akan diganggu dengan pasangan yang sibuk buat 'wayang' sendiri. Selalunya mereka akan memilih untuk duduk di area belakang-belakang sebab senang nak sorok.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Khaosod

Tapi tak adalah sorok sangat kalau orang yang duduk di depan pun boleh dengar adegan tidak senonoh mereka yang dekat belakang itu.

Anda tahu tak perbuatan tidak senonoh ini sebenarnya boleh dilihat staf dan kakitangan yang bekerja di pawagam?

Menerusi laman Twitter, @pineabul yang juga merupakan bekas pekerja di sebuah rangkaian pawagam telah tampil menyatakan bahawa setiap panggung wayang mempunyai kamera CCTV yang diletakkan berhampiran dengan skrin bagi memantau kelakuan penonton wayang.

Bukan itu sahaja, dia turut menjelaskan bahawa kegunaan kamera CCTV mod penglihatan malam (night vision) itu adalah bagi mencari semula barang-barang yang ditinggalkan tanpa sengaja oleh penonton seperti beg dompet atau telefon bimbit.

Susulan daripada kenyataan yang dikeluarkan @pineabul itu, beberapa lagi bekas pekerja di rangkaian pawagam turut tampil menyokong dan memberi penjelasan mereka tersendiri perihal perkara ini.

Ekoran daripada tweet tersebut juga, terdapat beberapa warganet yang terkejut dengan pendedahan itu mula tampil dan membuat pengakuan mereka

Menariknya, masing-masing tiba-tiba membuat pengakuan atau confession pernah melakukan perkara yang tidak sepatutnya di dalam wayang.

Ada yang mengaku membawa masuk makanan luar, ada juga yang meminta maaf kerana pernah meletakkan kakinya pada kerusi hadapan.

Antara komen menarik dari warganet:

Penulis selalu menangis je dalam wayang. Kalau korang pula macam mana?

Image via Tenor

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Korang tahu tak macam jurujual masukkan kereta dalam mall?

Lagi perkara yang korang patut tahu:

Leave a comment