Tertanya Cara Jurujual Masukkan Kereta Ke Dalam Mall? Gadis Dedah Misteri Itu Dalam Video!
Ada juga yang kata kereta ini dibawa turun dari bumbung atas pusat membeli-belah menggunakan jentera dan tali. Betul ke?
Mesti ramai di antara kita yang pernah tertanya-tanya bagaimana kereta yang terdapat di pameran jualan kereta di dalam pusat membeli-belah dimasukkan lalu diletakkan di situ
Selain tertarik dengan kecanggihan serta kehebatan model kereta yang dipamerkan pada pameran jualan kereta itu, sudah tentu terdetik juga di fikiran bagaimana kereta-kereta ini dimasukkan dan diletakkan selalunya di tengah-tengah ruang pusat membeli-belah.
Ada yang kata kereta ini dibawa turun dari bumbung atas pusat membeli-belah menggunakan jentera dan tali, ada juga yang kata bahagian dan komponen kereta dipasangkan satu persatu bagi membentuk sebuah kereta.
'Misteri' ini bagaimanapun telah dirungkai oleh seorang konsultan jualan di Proton menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik dalam laman Twitter
Menurut konsultan jualan itu yang dikenali sebagai Lala, sebenarnya caranya tidaklah sesukar yang kita sangkakan.
Kereta-kereta pameran ini dimasukkan melalui samada pintu utama atau pintu belakang pusat membeli-belah pada sebelah malam. Ini kerana pada waktu itu tiada pengunjung di pusat membeli-belah.
Bukan itu sahaja, wanita ini turut berkongsikan rakaman video sepanjang proses membawa masuk kereta ke dalam pusat membeli-belah.
Ekoran tularnya tweet tersebut, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi susulan daripada pendedahan konsultan berkenaan
Buat yang sudah tahu proses kemasukan kereta pameran ke dalam pusat membeli-belah turut sama berkongsikan pengalaman mereka melihatnya buat kali pertama. Ada juga yang berkongsikan video proses tersebut.
Buat yang tidak tahu proses tersebut sebelum ini pula, masing-masing meluahkan rasa lega kerana akhirnya persoalan mereka terjawab. Bahkan, siap ada yang masih tidak berpuas hati kerana ingin melihatnya depan-depan!