seismik

Lelaki Guna FaceApp Ubah Wajah Jadi Wanita Untuk Prank Ibu, Tapi Respon Ibu Ini Win Habis!

Ada juga warganet yang mengakui respon ibu Hafiz itu sebijik respon yang akan diberi ibu masing-masing.

Cover image via Twitter @977Hafiz

Aplikasi FaceApp sekali lagi menjadi trend dalam kalangan warganet dengan filter baru yang mengubah wajah penguna menjadi jantina berlawanan

Jika sebelum ini pengguna menggunakan FaceApp untuk melihat muka mereka apabila berusia kelak dengan filter wajah tua, kini rata-rata warganet teruja menggunakan aplikasi itu untuk melihat rupa mereka dalam versi berlawanan jantina.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via FaceApp

Lihat sahaja feed di laman Instagram serta Twitter, pasti rakan-rakan anda semua sedang rancak memuat naik gambar outcome rupa 'baru' mereka. Yang lelaki berkongsikan wajahnya dalam versi perempuan, dan begitu juga sebaliknya.

Baru-baru ini, tular di laman sosial seorang lelaki menggunakan aplikasi tersebut untuk mengenakan prank kepada ibunya

Menerusi laman Twitter, Hafiz Abdul Aziz telah berkongsikan bagaimana dia mengubah wajahnya kepada rupa seorang gadis menggunakan FaceApp.

Hafiz kemudiannya menggunakan gambar itu untuk diperkenalkan sebagai girlfriend barunya kepada si ibu sebagai prank. Tanpa menyedari yang 'gadis' itu sebenarnya adalah anak lelakinya, ibu Hafiz terus reject gara-gara tidak menutup aurat.

Di bawah adalah screenshot penuh perbualan Hafiz dengan ibunya:

Ternyata perkongsian ini telah menarik perhatian warganet yang terhibur, terutamanya pada respon ibu Hafiz

Selain terhibur dengan mesej random yang dihantar si ibu, ada juga warganet yang mengakui respon ibu Hafiz berkenaan 'tidak menutup aurat' itu sebijik respon yang akan diberi ibu masing-masing.

Antara reaksi lawak dari warganet:

Lebih menarik, hasil tinjauan di ruangan reply perkongsian itu mendapati seorang warganet telah mengenakan prank yang sama pada ibunya, dan respon yang diterima juga mirip Hafiz!

Korang berani tak nak buat prank ni kat mak ayah korang?

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Dah tengok bagaimana rupa oppa kegemaran korang versi wanita?

Lagi artikel menghiburkan di SAYS Seismik:

You may be interested in: