seismik

"Muka Elok Terus Jadi Shrek" - Netizen Terhibur Telatah Lelaki Salah Beli Cermin Dinding

Lebih melucukan apabila terdapat beberapa netizen yang turut mengalami situasi sebijik seperti Daniel.

Cover image via Twitter @Sam_Sawdy

Pada masa kini, ramai yang suka membeli-belah secara dalam talian atau online kerana ianya lebih mudah dan pantas

Begitupun, pasti ada di antara kita yang pernah tertipu dengan barang yang dibeli secara online ini. Misalnya, barang yang kita dapat jauh berbeza dengan gambar yang diiklankan.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Bored Panda

Boleh jadi ianya salah penjual yang memang menjual dengan niat hendak menipu, ataupun salah kita sendiri sama ada kita tidak membaca deskripsi yang ada secara terperinci ataupun terlepas pandang komen daripada pembeli-pembeli sebelum ini.

Baru-baru ini, tular di laman sosial kisah seorang lelaki membeli cermin hiasan yang mirip pepatah 'indah khabar dari rupa'

Menerusi laman Twitter, @Sam_Sawdy atau Daniel telah berkongsikan bagaimana kawannya yang bernama Zahir telah membeli cermin hiasan namun hasil yang dia peroleh tidak seperti yang diinginkan.

Zahir.

Image via Twitter @ilyutoh

Menerusi gambar yang dikongsikan, hasil cermin hiasan berbentuk hexagon yang dibelinya itu apabila disusun membuatkan wajahnya tampak pelik. 

Ekoran tidak berpuas hati, pemuda itu terus meninggalkan maklum balas di ruangan komen penjual di dalam talian tersebut yang ternyata telah berjaya menarik perhatian orang ramai.

Rata-rata netizen terhibur dengan komen yang dikeluarkan Zahir

Hasil tinjauan di laman Twitter, ini beberapa reaksi yang ditinggalkan netizen:

Image via Twitter

Lebih melucukan apabila terdapat beberapa netizen yang turut mengalami situasi sebijik seperti Daniel!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via Facebook

Mak ayah korang kaki online shopping juga ke?

Jangan salah beli baju, guys!

You may be interested in: