Lelaki Ini Jelaskan Ukuran Inci Di China Berbeza Dengan Di UK. Hati-Hati Bila Beli Baju!
Nak senang, lepas ini bagi ukuran dalam sentimeter, bukan inci.
Tak lama lagi, Hari Raya Aidilfitri bakal menjengah tiba
Segala persiapan Hari Raya seperti kuih raya, santapan raya, hiasan rumah waktu raya, termasuklah baju raya sudah semestinya sama ada sudah disediakan, ataupun masih dalam proses persediaan.
Ada sesetengah individu memilih untuk membeli baju raya secara online. Warna, corak, model, ukuran antara tarikan individu memilih membeli secara online tanpa menyiasat terlebih dahulu secara terperinci baju itu. Asalkan lawa, terusnya dibeli!
Tapi perasan tak, kadang-kadang baju yang dibeli itu, bila sampai ke tangan, tidak sama dan tidak kena pula dengan badan kita walhal waktu membelinya itu, kita sudah confident dengan saiz yang kita pilih.
Haa... Boleh jadi ukuran yang kita gunakan sebenarnya berbeza dengan dengan ukuran yang digunakan si penjual. Bagaimana perkara ini boleh terjadi? Apa yang dimaksudkan dengan berbeza ukuran? Bukankah ukuran mahupun saiz itu sudah 'standard'?
Seorang pengguna Facebook, Kamarul Ariffin Nor Sadan telah menjelaskan tentang perkara ini. Isu salah saiz ini boleh timbul kerana terdapat perbezaan dari segi ukuran inci yang digunakan di UK dan di China.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Inci: Tukang jahit bergaduh.
Sekarang tengah viral perkongsian pasal perbezaan pita ukur inci yang ada di Malaysia ini.
Perbezaan ini jadi masalah di zaman sekarang sebab baju beli online, pembeli pakai pita ukur inci lain, penjual pakai pita ukur inci lain.
Itu yang bila baju yang dibeli online sampai, jadi tak muatlah, terbesarlah, singkatlah, labuhlah. Lepas tu habis gaduh antara penjual dan pembeli.
Lalu ada orang yang kongsi tentang perbezaan pita ukur ni. Dia banding ikut warna. Ada tukang jahit kata ukuran inci pita putih yang salah, ada budak ijazah tekstil kata putih yang betul.
Habis bergaduh pula sesama tukang jahit.
Sebenarnya, dua-dua pihak ini salah!
Mereka salah kerana bertelagah pasal pita warna apa yang betul, sedangkan warna tu bukan sesuatu tetapan standard.
Ada 2 ukuran inci :
◾ Inci US/UK
◾ Inci China
Kedua-dua ukuran ni tak ada tetapan warna pita ukurnya standard. Kadang inci UK pita putih, kadang inci China pita putih. Malah ia boleh datang dengan apa sahaja warna.
Sebab tu pertikaian pita warna apa yang betul adalah pertikaian yang tak sah (valid). Sepatutnya yang dibincangkan adalah inci mana yang diguna pakai di Malaysia.
Inci UK atau inci China?
Jawapannya inci UK, sebab sistem ukuran di Malaysia ni semua ikut sistem UK.
Logik, kan?
Jika warna pita tak boleh nak digunakan untuk bezakan antara kedua-dua inci ni, jadi macam mana nak bezakan?
Inci UK = 2.54cm
◾ Setiap inci ada 7 senggat dia antaranya
◾ Satu senggat = ⅛ inci = 1 hun
◾ Satu inci = 8 hun
Inci China = 3.33cm
◾ Di China ia dipanggil cun (市寸)
◾ Setiap cun ada 9 senggat di antaranya
◾ Satu senggat = 1/10 cun
Jadi, cara mudah nak tahu mana inci yang betul, adalah:
◾ Semak dengan pembaris sm
◾ Ada tertulis cun(市寸) = China
◾ Ada 7 senggat antara inci = UK
Kalau beli baju online di Malaysia biasanya guna inci UK. Tapi kalau barang dari China, mungkin guna inci China atau UK. Nak selamat pakai sentimeter (sm).
Nota: ada pembaris yang guna inci UK tapi ada 9 senggat antaranya, tapi lazimnya akan dilabel 'tenth'.