seismik

"Wedding Gift Paling Mahal" - Kawan Buat Hal, Bagi Kambing Sebagai Hadiah Perkahwinan

Hadiah kahwin paling rare.

Cover image via @sheepy_farm (TikTok)

Mempunyai kawan baik pastinya menambahkan keceriaan dalam hidup kita tatkala sedang bersedih

Apabila salah seorang mula melangkah ke alam perkahwinan, tentu segala-galanya akan berubah kerana keutamaan mereka kini ialah anak dan isteri nanti.

Tentu kita sebagai seorang sahabat sangat gembira apabila mengetahui bahawa rakan kita bakal menamatkan zaman bujang bukan?

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila salah seorang rakan pengantin menghadiahkan kambing sebagai hadiah perkahwinannya.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sheepy_farm

TERIMALAH HADIAH KAWIN SEEKOR KAMBING DARI SAHABATMU TAUKEY KAMBING @poknikarung ##fyp ##tiktokmalaysia ##sheepyfarm

original sound - BIG BOS SHEEPY FARM

Kawan taukey kambing, murah hati beri seekor sebagai hadiah

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki ingin membuat kejutan kepada salah seorang rakannya yang berkahwin.

Disebabkan dia adalah seorang taukey kambing, dia bermurah hati untuk memberi salah seekor kambing kepada sahabat baiknya itu.

Apa yang lebih melucukan, kambing tersebut dilihat siap dipakaikan dengan ribbon besar sebelum dibawa ke rumah pengantin.

Sampai di majlis, lelaki berkenaan terus membawa kambing tersebut untuk berjumpa dengan tuan barunya itu. Pengantin lelaki dan tetamu yang hadir juga turut ketawa melihat kejadian itu.

Malah, pasangan pengantin itu sempat bergambar dengan kambing tersebut sebagai kenangan yang paling istimewa.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

"Biarpun ada lawak sikit, tapi aku dapat rasakan yang benda ni ikhlas" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga turut terhibur melihat hadiah pemberian berkenaan.

Malah, ada juga yang menganggap ianya adalah hadiah paling mahal dan 'rare' jarang dilihat pada masa ini. Ada juga yang menyifatkan kawannya itu sebagai seorang yang ikhlas dan baik hati.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 8,114 likes, 435 comments dan 453 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Harga kambing sekarang pun bukan biasa-biasa. Murah rezeki kawan dia :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: