seismik

[VIDEO] Aksi Budak Tahun 1 Ini Cabut Lari Pada Hari Pertama Sekolah Buat Netizen Terhibur

Bukan biasa-biasa kelajuan lari dia.

Cover image via Info Roadblock JPJ/POLIS (Facebook)

Umum mengetahui kerajaan telah pun bersetuju untuk membuka semula sesi persekolahan secara bersemuka pada 1 Mac 2021

Ianya setelah hampir dua bulan pelajar mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran secara di Rumah (PdPR) akibat pandemik Covid-19 yang masih belum reda.

Pastinya setiap tahun akan ada saja telatah dan ragam murid-murid darjah 1 kerana mereka ini pertama kali ke sekolah.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Facebook yang menunjukkan ragam seorang murid lelaki yang cuba melarikan diri kerana tidak mahu ke sekolah.

Lihat video penuh itu di bawah: 

Pecut lari laju sebab tak nak pergi ke sekolah

Menerusi video tersebut, kendengaran seorang lelaki sedang cuba memujuk seorang kanak-kanak lelaki untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Murid itu dipercayai lari kerana tidak mahu ke sekolah, disebabkan itu lelaki berkenaan terpaksa mengejarnya tetapi tidak berjaya kerana murid itu berlari sangat laju.

Tidak lama selepas itu muncul seorang wanita yang menaiki motosikal membantu untuk mengejar murid itu dan lalu membawanya menaiki motosikal bersama.

"Boleh jadi pelari pecut negara dik satu hari nanti Insya-Allah" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat ragam murid tersebut.

Malah, ada yang menyifatkan murid itu mempunyai bakat yang terpendam dalam larian dan boleh memenangi banyak acara larian kelak.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 18K likes, 5.5K comments dan 7K shares di Facebook.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Power kau dik, masuk acara larian boleh tapau semua nanti ni :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: