seismik

[VIDEO] Isteri Suka Layan 'Running Man' Masa Hamil, Tak Sangka Anak Ikut Macam Muka Korea

Betul lah anak dia muka macam orang Korea.

Cover image via @bapaknsuami0rang (TikTok)

Pasti anda pernah dengarkan orang dulu-dulu kata kalau wanita yang tengah hamil dan suka dengan wajah seorang nanti boleh terkenan kepada anak

Bukan itu saja, tetapi wanita yang hamil memerlukan persekitaran yang positif dan baik untuk mengelakkan gangguan emosi berlaku.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila pasangan suami isteri ini tidak sangka wajah anak mirip orang Korea kerana isterinya yang gemar menonton Running Man.

Lihat video penuh itu di bawah:

Suka tengok rancangan Running Man sepanjang tempoh kehamilan

Menerusi video tersebut, pasangan itu telah berkongsi raut wajah anak mereka yang dilihat seakan wajah orang Korea. 

Ianya kerana si isteri yang suka menonton rancangan popular iaitu Running Man sepanjang tempoh kehamilannya.

Malah, si suami juga menganggap bahawa anaknya mungkin 'terkenan' kerana si ibu yang suka melihat wajah orang Korea. Rupa anaknya itu yang kelihatan putih, gebu dan mata agak sedikit sepet itu membuatkan ramai yang geram melihatnya.

Lihat video penuh penjelasan itu di bawah:

"Muka macam ni triplet mingkuk, siapa layan the return of superman tahulah" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa geram melihat bayi tersebut yang dikatakan sangat comel.

Malah, ada juga yang menyamakan muka bayi itu mirip beberapa aktress Korea. Ada juga yang mempersoalkan raut wajah si anak dan ayahnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 25.3K likes, 202 comments dan 418 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Alahai, comelnya dia. Geram tengok!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: