[VIDEO] Nampak Lebih Tua Lepas Kena Makeup, Pengantin Redha Bila Mentua Pilih MUA Sendiri
Berubah 360 darjah.
Majlis persandingan merupakan saat yang paling gembira buat pasangan suami isteri
Pada majlis inilah mereka akan diraikan sebagai pasangan suami isteri dalam keadaan yang ceria dan gembira.
Sudah tentu bagi pengantin perempuan pemilihan make up artist (MUA) adalah amat penting bagi hari bahagia mereka. MUA ini juga perlu ditempah awal bagi mengelakkan jadual mereka daripada bertindih.
Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita meluahkan rasa kecewanya kerana salah memilih MUA dan menyebabkan wajahnya nampak berubah.
Lihat video penuh itu di bawah:
Mentua yang pilihkan MUA untuk pengantin, wajah berubah lepas di make up
Menerusi video tersebut, seorang wanita telah berkongsi kisah malangnya ketika majlis persandingan dia dan suami.
Dia memberitahu pihak mentuanya telah memilih MUA untuk majlis persandingannga itu. Namun, dia sendiri terkejut selepas melihat hasil solekan daripada MUA tersebut kepada wajahnya.
Tetapi, apa yang lebih malang dia kelihatan sedikit tua daripada wajahnya sebelum ini sebaik saja disolek oleh MUA berkenaan. Dia juga turut meluahkan rasa kecewa dengan hasil solekan tersebut dan pasrah kerana semuanya sudah pun berlaku.
"Lagi cantik yang ori daripada yang make up" - Warganet
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet juga turut terkejut selepas melihat hasil solekan tersebut.
Malah, ramai yang menyatakan wajah asalnya nampak lebih lawa daripada selepas di makeup. Ada juga yang mengingatkan bahawa pentingnya dalam pemilihan MUA untuk bakal pengantin.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 238.2K likes, 4,219 comments dan 1017 shares di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok: