seismik

[VIDEO] Kantin Sekolah Jual Mi Segera Kosong RM1.50, Bapa Murid Darjah 1 Luah Rasa Marah

Dahlah kosong, tak padan betul dengan harga.

Cover image via @adamazali0 (TikTok)

Setiap ibu bapa pasti mahukan pemakanan yang baik dan sihat untuk anak-anak mereka

Hal ini kerana, pemakanan yang sihat amat penting dalam membantu pembesaran mereka dari hari ke hari.

Namun, ada kalanya perkara sebegini tidak dapat dielakkan dan luar daripada pemantauan ibu bapa sendiri.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang bapa meluahkan rasa marahnya terhadap pihak kantin sekolah anaknya yang menjual mi segera kosong kepada pelajar.

Lihat video penuh itu di bawah:

@adamazali0

anak darjah 1, dia ingat2 Mee, sbb 2 dia bwk blk unh, BILA Sy tgk megi rupanya sbb kembang dia ingat2 Mee. adoooii pandapat anda

original sound - Adam Azali456

Bapa terkejut lihat maggi kosong di jual dengan harga RM1.50

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang meluahkan rasa marah dan kecewa apabila melihat anak perempuannya membawa pulang makanan yang dibeli daripada kantin sekolah.

Namun, apa yang lebih membuatkan dia marah adalah selepas melihat keadaan mi itu yang sudah kembang dan kosong. Dia menganggap mi itu tidak sesuai dijual dengan harga RM1.50.

Dia juga menegaskan bahawa semua orang pasti ingin memilih untuk makan yang sedap dan berpatutan dengan harga, begitu juga dengan anaknya.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@adamazali0

Reply to @reyzzalmikhael betui x? semua org nk yg sedapkn?

original sound - Adam Azali456

"Realiti yang berlaku pada hari ini di kantin sekolah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka mengenai perkara ini.

Malah, ada juga yang memberitahu kebanyakan kantin di sekolah anak mereka juga menjual makanan sebegitu. Ada juga yang menasihati untuk memberikan bekalan makanan kepada anak daripada membeli di kantin sekolah.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 33.4K likes, 2,936 comments dan 1326 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Better bagi bekal dekat anak daripada beli kan, takut lah jadi macam ni nanti.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: