seismik

Nak Tahu Kenapa Tak Boleh Makan Mi Segera Terlalu Banyak? Ini Sebabnya...

Jika sukar untuk anda berhenti untuk menikmati hidangan mi segera ini, boleh pelbagaikan ramuan nutrisi di dalamnya seperti udang dan sayur.

Cover image via Free Malaysia Today

Segelintir individu memang sukakan hidangan mi segera. Mana tidaknya, ianya merupakan hidangan paling senang, cepat dan murah untuk dinikmati.

Gambar sekadar hiasan.

Image via xtra.com.my

Memang tidak dapat dinafikan, mi segera telah menjadi pilihan ramai sejak dahulu lagi. Cara penyediaan bawah 10 minit, harga murah dan rasa yang sedap merupakan antara faktor mengapa mi segera menjadi pilihan ramai. Namun, pernahkah anda tahu berapa banyak kandungan garam yang ada dalam setiap hidangan mi segera yang dinikmati?

Untuk pengetahuan anda, lebih 98% daripada 707 mi segera yang ada di pasaran kini memiliki kandungan garam begitu tinggi

Menurut laporan, kajian bertajuk 'Kandungan Garam Mi Segera Di Malaysia: Satu kajian keratan lintang' yang membabitkan 707 produk mi segera pelbagai perisa yang dijual di enam buah pasar raya dan kedai runcit, malah laman sesawang produk tersebut.

Kajian yang dilakukan oleh 7 penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya (UM) dan University of London itu mendapati tiada satu pun mi segera yang berada di pasaran Malaysia boleh dikategorikan sebagai makanan rendah garam, sangat rendah garam mahupun bebas garam.

Kajian tersebut dilakukan pada Mei lalu mendapati kira-kira 40% atau lebih 250 produk mi segera tidak mempamerkan kandungan garam atau nutrisi pada produk masing-masing.

"Purata kandungan garam dalam mi segera di Malaysia adalah sekitar 4.5 gram (g) per 100g, iaitu empat kali lebih tinggi daripada tahap makanan yang dikategorikan sebagai tinggi kandungan garam iaitu kurang 1.2g per 100g, seperti digariskan kerajaan."
Penyedilik dari UPM, UM dan University of London

Pengambilan sebungkus hidangan mi segera dikatakan hampir sama dengan kadar pengambilan garam harian yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu kurang 5g sehari

Paling dikhuatiri, kandungan garam pada 10% mi segera telah melebihi saranan WHO kerana mi segera yang memiliki kandungan tertinggi adalah 2 kali ganda lebih tinggi daripada saranan iaitu 8.5g dalam satu sajian.

Kajian ini turut mendapat perhatian Dr Amalina Bakri yang turut menjelaskan bahawa dia menggesa kerajaan untuk bertindak segera bagi mengatasi isu pengambilan garam tinggi di kalangan rakyat Malaysia.

"Malaysia Salt Action menyarankan pengurangan pengambilan garam kurang 6g sehari bagi rakyat Malaysia dewasa. Kadar garam tinggi dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi.

"Saya sendiri sudah tidak memakan mi segera sejak lebih 10 tahun lalu," kata Dr Amalina Bakri.

Walau bagaimanapun, sebilangan besar rakyat Malaysia masih terus menikmati makanan segera itu walhal sudah diberitahu tentang kandungan garam yang tinggi

Sebelum ini, pernah juga ada kempen kesihatan yang telah dijalankan. Namun ianya gagal untuk mengatasi masalah ini kerana kesan iklan mi segera yang disiarkan di media massa.

Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietatik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Norhaizan Mohd Esa turut menjelaskan bahawa sifat mi segera yang murah, sedap dan mudah disediakan menjadi tarikan utama masyarakat untuk dijadikan sebagai menu harian, lebih-lebih lagi pelajar.

Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietatik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Norhaizan Mohd Esa.

Image via TV1
“Walaupun setakat ini belum ada kes kronik berhubung individu yang mengamalkannya, tetapi pengambilan garam yang tinggi akan mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan penyakit buah pinggang."
Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietatik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Norhaizan Mohd Esa.

Beliau turut menyarankan supaya orang ramai mengurangkan pengambilan mi segera. Jika tidak boleh, pelbagaikan ramuan nutrisi di dalamnya seperti udang atau sayur.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Food So Near

Untuk pengetahuan anda, kajian ini hanya dilakukan sekali sahaja dan pihak tertentu menggesa untuk masyarakat mengamalkan diet yang sihat. Berikutan kandungan garam yang tinggi, mi segera tidak seharusnya dijadikan sebagai hidangan setiap hari walaupun ianya murah, sedap dan mudah untuk disediakan. Ia masih boleh diambil namun janganlah setiap hari.

Jagalah kesihatan luaran dan dalaman masing-masing. Paling penting, kurangkan pengambilan garam!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak masak mi segera pun ada caranya!

You may be interested in: