seismik

Anda Kaki Mi Segera? Ini 5 Cara Yang Betul Untuk Masak Mi Segera Menurut Pakar Pemakanan

Bukan pelajar sahaja yang suka makan mi segera, semua pun suka.

Cover image via Google

Mi segera merupakan makanan yang menjadi penyelamat ramai orang terutamanya pelajar. Mana tidaknya, mi segera dijual pada harga yang begitu murah dan rasanya juga sedap.

Image via Rojak Daily

Mi segera juga adalah makanan yang paling mudah dimasak dan digemari ramai. Namun sebenarnya, jika mi segera ini menjadi makanan yang sering dijamu hampir setiap hari, ianya akan memberikan kesan yang negatif pada badan anda.

Pernahkah anda sedar bahawa selama ini anda telah menggunakan cara yang salah untuk memasak mi segera?

Sebenarnya, ada cara memasak mi segera yang boleh mengelakkan kemudaratan ke atas badan dan kesihatan anda.

Ingin tahu bagaimana? Baca perkongsian penuh di bawah:

Institut Jantung Negara (IJN) telah mengesyorkan agar orang ramai tidak terlalu memakan mi segera kerana ianya boleh menyebabkan penyakit jantung terutamanya oleh serbuk perisanya

Namun begitu, jika anda memang peminat tegar mi segera dan terlalu menggemari makanan tersebut, anda boleh mengurangkan separuh dari penggunaan serbuk perisa mi segera dan elakkan menghirup kuah sup selepas menghabiskan mi.

Mi segera selalunya dimasak dengan cara di bawah dan ianya sebenarnya kaedah yang SALAH:

Biasanya, cara kita memasak mi segera ialah dengan meletakkan mi ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk seasoning dan biarkan bahan bahan tersebut di didih bersama selama tiga minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.

Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perisa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.

Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mi itu disalut dengan lilin makanan dan mi tersebut akan mengambil masa 4 hingga 5 hari untuk dinyah keluar oleh badan kita selepas anda makan mi tersebut.

Ini merupakan kaedah yang betul untuk memasak mi segera menurut pakar pemakanan:

1. Rebus mi di dalam periuk air. 

2. Setelah mi dimasak, toskan mi, dan buang air tersebut yang telah mengandungi lilin.

3. Rebus air dalam periuk yg lain hingga mendidih, kemudian masukkan mi tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.

4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mi.

5. Sekiranya, anda inginkan mi kering, keluarkan mi dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mi kering.

Sejumlah besar pesakit yang berumur antara 18 hingga 24 tahun berakhir dengan pankreatitis sama ada bengkak atau jangkitan pankreas akibat dari pengambilan mi segera secara kerap

Seandainya anda membeli mi hakka yg kosong, biasanya apa yang anda perlu buat ialah anda mendidihkan air dan merebus mi tersebut dan kemudian membuang air. Proses Ini akan melembutkan mi tetapi untuk menghalangnya daripada melekat kita perlu menambah sesudu teh minyak ke dalam air dan juga mi tersebut perlu di goreng deep fried setengah masak untuk menjadikan mi tersebut garing dan kemudian dilumur dengan tepung untuk mengelakkan mi tersebut daripada melekat semasa direbus.

Oleh itu, apabila anda membeli mi segera, ia telah melalui proses hingga tidak lagi makanan yg sihat dan ini jugalah jenis yang kami gunakan untuk membuat mi goreng dan Maggie juga dibuat dengan cara yang sama, malah ia ditambah dengan MSG/Ajinomoto dan bahan kimia lain.

Apakah yang dimaksudkan dengan MSG?

MSG ialah Mono Sodium Glutamate, sejenis bahan perisa yg mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yg menyebabkan ketagihan secara semulajadi.

AjiNoMoto, Vedan dan lain-lain adalah jenama. Bahan yang sama iaitu MSG Racun Perisa yang ada dalam setiap makanan segera, sejuk beku atau di mana-mana gerai makanan terutamanya kedai kedai Masakan Thai - TomYam kerana mereka menggunakan 210% MSG dalam masakan.

Sebab itu bila kita makan makanan segera sampai satu tahap kita akan merasa muak. Tapi selepas beberapa hari kita terasa nak makan atau masih boleh lagi makan dengan selera seolah-olah rasa muak tu tiada. Kita mudah terangsang dan seolah-olah kita tak perasan ketagihan yang dialami. Begitu juga dgn masakan Thai, kita boleh makan TomYam, sup ekor, paprik dan sebagainya dengan begitu selera.

Jenis racun dan bahan kimia yang mampu membunuh kita perlahan-lahan yang ada dalam setiap makanan yang kita makan setiap hari:

1. Perisa
2. Pewarna
3. Penaik
4. Penstabil
5. Pemanis
6. Pengawet

Kesimpulannya, elakkan makan mi segera secara berlebihan dan jaga pemakanan anda ya!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Anda jenis yang susah untuk naik berat? Baca sini:

More stories to read: