seismik

[VIDEO] "Air Hingus Pun Lap" - Pujuk Murid Menangis, Cikgu Ini Dapat Pujian Dari Netizen

Bukan air mata je, sekali hingus okay cikgu basuh.

Cover image via @cikguayu_imtecer (TikTok)

Umum sedia maklum, sebelum ini pembelajaran bagi sekolah semua dijalankan menerusi kelas online saja

Selepas berbulan-bulan pembelajaran di rumah, akhirnya pada awal Mac lalu kerajaan telah memutuskan untuk pembukaan semula sekolah.

Justeru, dapat dilihat tambahan lagi bagi mereka mereka yang baru pertama kali masuk ke alam persekolahan.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini yang memaparkan seorang guru wanita sedang memujuk salah seorang murid lelakinya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cikgu terpaksa pujuk sebab murid lelaki menangis nak datang sekolah

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang murid lelaki sedang menangis lepas ditinggalkan ibu bapanya untuk mengikuti sesi pra-persekolahan.

Disebabkan itu, seorang guru wanita telah datang memujuknya dan membawa murid itu ke tandas untuk mencuci mukanya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah guru wanita itu turut membersihkan sekali hingus murid tersebut akibat menangis. Sifat penyayang cikgu itu mendapat pujian ramai kerana dia dapat menguruskan pelajarnya dengan baik.

"Cikgu mengajar sekolah mana, boleh hantar anak ke sekolah cikgu juga ni" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji tindakan baik guru tersebut.

Malah, ada yang bertanyakan di mana guru itu mengajar kerana mahu hantar anak mereka ke sekolah sama. Ada juga yang suka melihat cara guru itu melayan muridnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3,369 likes, 178 comments dan 27 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam-macam ragam kan masa first day sekolah, nasib baik cikgu baik je melayan :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: