Viral Video Lelaki Dihina Nak 'Tackle' Gadis Tapi Tiada Harta, Jawapannya Ini Dipuji Ramai
Adab tu yang penting.
Sudah menjadi lumrah bagi setiap manusia untuk merasakan cinta dalam hidup mereka
Kita semua berhak untuk mencintai dan dicintai oleh orang yang betul-betul ikhlas dengan kita. Jika kita sukakan seseorang pasti akan timbul rasa ingin berkenalan dengannya lebih dalam lagi.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang pemuda telah meluahkan perasaannya ingin berkenalan dengan seorang gadis. Tetapi, ada pula yang memerlinya. Jawapannya itu telah dipuji ramai kerana tetap beradab walaupun marah.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dapat satu komen 'panas', tapi sikit pun tak rasa tersinggung
Menerusi video perkongsian tersebut, pemuda itu pada awalnya ingin berkenalan dengan seorang gadis dan dia memberitahu ikhlas ingin berkawan dengannya.
Namun, dia menerima satu komen seolah-olah mahu merendahkan dirinya dan memberitahu agar pemuda itu sedar diri.
Pemuda berkenaan kemudian tampil membuat penjelasan dan mengakui dia bukanlah seorang yang berharta. Malah, dia juga sempat menunjukkan kereta secondhand yang baru dibelinya di Facebook dengan harga RM2,000.
Dia juga tetap bersyukur kerana mempunyai kenderaan dan mampu memudahkannya untuk bergerak kemana-mana.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
Dalam pada itu, pemilik kepada video asal wanita yang ingin pemuda itu berkawan sudah pun bertunang
Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita itu, dia menjelaskan bahawa dia baru menyedari mengenai video tersebut. Malah, dia juga memberitahu baru saja bertunang dengan seorang lelaki.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah, dia membalas video itu dengan memberitahu dia tidak kisah untuk berkawan dengan pemuda terbabit dan ikhlas.
Dia juga menambah agar netizen tidak memberikan kata-kata negatif kepada lelaki berkenaan dan sangat berterima kasih kepadanya kerana sudah jujur. Videonya itu telah menerima pujian ramai kerana gaya dan caranya yang begitu bersahaja dan ikhlas menerima lelaki itu sebagai kawan.
Lihat video yang dimuat naik wanita itu di bawah:
"Alhamdulillah awak kaya dengan kesabaran dan kaya dengan adab" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen pemuda itu turut dibanjiri dengan kata-kata pujian daripada netizen.
Malah, mereka menyifatkan pemuda itu seorang yang penyabar walaupun menerima komen sedemikian. Ada juga yang memberitahu walaupun dia tidak kaya dengan harta tetapi dia sangat kaya dengan adab.
Ketika artikel ini ditulis, video komen balas itu telah meraih 279.4K likes, 19.7K comments dan 5,942 shares di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: