seismik

[VIDEO] Tertidur Masa Tengah Live, Tak Sangka View Peniaga Bundle Ini Terus Naik Mendadak

Rasa berdosa pula nak gelak.

Cover image via @1mrn23 (Twitter) & Kuryu Taki (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pekerjaan sebagai seorang peniaga sememangnya memerlukan komitmen yang penuh dalam menguruskannya

Mana tidaknya, kebiasaanya keuntungan hasil perniagaan terletak pada cara bagaimana kita mempromosikan barangan itu dan kerajinan kita.

Jadi tidak hairanlah kalau ramai peniaga hari ini banyak menghabiskan masa mereka dengan membuat bisnes bagi mendapatkan hasil yang banyak.

Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang peniaga bundle tertidur semasa sedang membuat Facebook live mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak sedar tertidur masa tengah buat live sampai berdengkur

Menerusi video tersebut, difahamkan lelaki itu membuka perniagaan dengan menjual baju bundle. Kelihatan semasa itu dia sedang membuat Facebook live bagi menjual bajunya itu.

Tetapi, semasa sedang menjual dia tiba-tiba tertidur di atas kerusi dengan rakaman live masih terbuka. Bukan itu saja, dia juga kelihatan sangat penat sehingga berdengkur semasa tidur.

Dikatakan pada awalnya view hanya ada dalam 20 orang saja sebelum dia tidur. Namun, angka berkenaan terus meningkat sehingga seribu lebih berkemungkinan dikongsi oleh rakan-rakan di Facebooknya.

"Ya Allah penat sangat abang tu nampaknya" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur menyaksikan gelagat lelaki tersebut.

Malah, ada juga yang kasihan padanya dan dapat merasai kepenatan itu sebagai seorang peniaga. Ada juga yang mendoakannya agar dimurahkan rezeki lebih.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 80.1K views, 2,478 retweets dan 2,119 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Kesian pula tengok abang tu, yelah kan berniaga memang penat. Semoga dimurahkan rezeki ya :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik