[VIDEO] "Naluri Isteri" - Pelik Tiba-Tiba Suami Rajin Mengemas, Rupanya Ada Plan Nak Lepak
Plan gagal nampaknya.
Dalam kehidupan berumah tangga, pasti banyak gelagat yang kita dapat lihat daripada pasangan kita
Mana tidaknya, masa kahwin inilah semua perangai sebenar pasangan itu muncul. Tak sama seperti waktu bercinta dulu.
Sememangnya gurauan di dalam rumah tangga itu perlu bagi mengeratkan lagi hubungan di antara suami dan isteri.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita berkongsi gelagat suaminya yang tiba-tiba rajin mengemas rumah kerana mempunyai muslihat tersendiri.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suami tiba-tiba rajin mengemas, rupa-rupanya kantoi nak keluar lepak
Menerusi video tersebut, kelihatan si isteri sedang merakam gelagat suaminya yang tiba-tiba rajin mengemas rumah tanpa disuruh olehnya.
Namun, si isteri merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena dan dia terus memeriksa telefon suaminya itu.
Dia kemudian terjumpa mesej perbualan antara suaminya bersama rakan yang mengajaknya untuk keluar lepak pada malam tersebut.
Apa yang lebih menghiburkan, si suami memberitahu rakannya itu bahawa dia sudah memberitahu isterinya untuk keluar, padahal ia sama sekali tidak. Si isteri selepas itu mula membebel pada suami dan memberitahu sudah mengetahui tentang rancangannya untuk keluar lepak itu.
"Hahaha kelakarlah suami akak, dia tak tahu naluri isteri lagi power" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video berkenaan dan meninggalkan pelbagai reaksi.
Malah, ramai yang bersetuju dengan naluri seorang isteri yang sememangnya betul. Ada juga yang berkongsi pengalaman sama seperti itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 24.8K likes, 478 comments dan 465 shares di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: