Ini 7 Jenama 'Air Fryer' Berkualiti & Bajet Bawah RM200 Yang Anda Boleh Beli Di Shopee
Jom shopping sekarang!
Dengan adanya kecanggihan teknologi zaman sekarang, semuanya boleh dilakukan dengan cepat dan mudah sekali
Baik dari penggunaan telefon pintar sehinggalah kelengkapan dapur, semuanya kini boleh didapati dengan adanya teknologi canggih ini.
Antara kelengkapan dapur yang menjadi kegilaan para suri rumah sekarang adalah pastinya air fryer. Mana tidaknya, air fryer ini telah membantu banyak perkara dalam penyediaan makanan.
Selain menggunakan teknik masakan yang sihat, ia juga dapat menjimatkan masa anda di dapur.
Tetapi, berapakah harga sebuah air fryer yang berkualiti dan bagus? Jom kita lihat di bawah antara 7 jenama bawah RM200 yang anda boleh dapatkan:
1. Kelen Munoz Air Fryer (2.0L)
Meskipun ia berkapasiti 2.0L saja, tetapi rata-rata pengguna berpuas hati dengan hasil dan kuantiti masakan yang dapat ditampung oleh air fryer ini.
Ia juga mampu untuk menggoreng dengan kuantiti yang agak banyak dengan kualiti masakan yang sekata. Boleh dikatakan amat berbaloi untuk anda dapatkan produk ini.
Harga : RM138.88 (Shopee)
2. Birkeshire AF-20-M Air Fryer (3.8L)
Produk ini menggunakan teknologi peredaran udara panas untuk memasak makanan anda dengan cepat dan sekata dari semua sudut dengan minyak tambahan yang sedikit.
Teknologi ini mengedarkan udara 360 darjah dengan kipas turbo yang kuat dan penapis bersepadu untuk memberi anda makanan yang lebih segar yang lembap di bahagian dalam sambil mengeluarkan bau.
Harga : RM169.99 (Shopee)
3. Midea MAF-20B Air Fryer (2.5L)
Air fryer ini berkapasiti agak kecil iaitu 2.5L, ia sesuai bagi penggunaan 2 hingga 3 orang makan. Malah, air fryer ini dilengkapi dengan timer fungsi auto shut-off 60 minit.
Bagi fungsi menggoreng pula, anda boleh menggunakan bekas khas untuk menggoreng yang didatangkan khas bersama.
Harga : RM195.00 (Shopee)
4. Morrison AF30 Air Fryer (3.8L)
Air fryer daripada Morrison ini mempunyai kapasiti yang sangat besar iaitu 3.8L dan boleh memuatkan segala jenis makanan.
Ia membolehkan anda menetapkan waktu memasak sehingga 30 minit. Fungsi auto-off akan menunjukkan bunyi 'siap' setelah makanan dimasak.
Kawalan suhu yang boleh disesuaikan sepenuhnya membolehkan anda menetapkan suhu memasak terbaik untuk makanan anda hingga 200 darjah celcius. Nikmati kentang goreng, makanan ringan, ayam, daging dan banyak lagi, semuanya disediakan pada masa dan suhu yang tepat untuk hasil terbaik!
Harga : RM189.99 (Shopee)
5. PerrySmith X Bossman Kaden Air Fryer BK220 (3L)
Meskipun kapasiti air fryer ini tidaklah begitu besar, tetapi ciri-ciri penggunaannya sama seperti air fryer berkapasiti besar yang lain.
Siri Kaden adalah crossover jenama PerySmith dengan bos Kaden Jepun. Crossover ini dicadangkan untuk membina peralatan rumah baru yang telah diubahsuai dengan reka bentuk luar biasa PerySmith dan teknologi Kaden. Dengan sistem pemanasan pintar, cepat dan menjimatkan tenaga.
Harga : RM139.00 (Shopee)
6. Khind ARF26 Air Fryer (2.6L)
Khind merupakan jenama tempatan yang tidak asing lagi. Dengan pelbagai produk elektrik yang telah dihasilkan, kini mereka keluarakan produk baru air fryer pula.
Air fryer ini menggunakan sistem analog yang mudah sekali digunakan. Anda juga boleh memasak sehingga 200 darjah celcius. Kerja anda kini lebih mudah dan cepat.
Harga : RM185.00 - RM195.00 (Shopee)
7. Russell Taylors Air Fryer Af-25 (3.8L)
Air fryer jenama Rusell Taylors ini menawarkan kapasiti sebesar 3.8L dengan kualiti yang setanding dengan jenama hebat lain.
Ia dapat memberikan hasil masakan yang memuaskan dengan gorengan yang sekata. Malah, ia juga dapat memuatkan makanan dengan kapasiti yang banyak sekali.
Harga : RM199.99 (Shopee)
Disclaimer: Harga boleh berubah-ubah mengikut promosi dan harga semasa.