seismik

[VIDEO] Niat Nak Jadi Menantu Idaman, Tapi Tak Sengaja Pula Robohkan Kabinet Rumah Mentua

Habis semua pecah tu.

Cover image via @bandarmasker (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Selepas berkahwin dengan pasangan, secara automatik ibu bapa mereka merupakan ibu bapa kedua dalam hidup kita

Terutamanya bagi kaum wanita, pasti ingin menjadi menantu yang baik dan idaman buat mentua bukan? Bukan apa, mereka ini hanya mahu menjadi yang terbaik dan disayangi seperti anak sendiri.

Disebabkan itu, ramai juga yang sanggup melakukan apa saja demi memikat hati mentua. Contohnya dengan cara masakan, kemas rumah dan sebagainya.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini oleh seorang wanita Indonesia apabila niat dihati ingin membantu mentua tetapi lain pula yang jadi.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baru berangan nak pikat hati mentua, sekali tak sengaja buat kabinet dapur roboh

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu sedang berusaha untuk memikat hati mentuanya dengan mahu mengemas di bahagian dapur. Tetapi, secara tidak sengaja kejadian itu bertukar kepada tragedi yang memalukan.

Ketika sedang membersihkan dapur, dia secara tidak sengaja telah membuat kabinet berkenaan roboh sehingga menyebabkan pinggan mangkuk pecah di lantai.

Difahamkan, kejadian itu berlaku sewaktu wanita tersebut mahu mengalihkan pinggan mangkuk yang berada di bawah sinki ke dalam kabinet supaya nampak lebih kemas. Namun, ibu mentuanya sama sekali tidak memarahinya selepas dia menerangkan apa yang berlaku.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

"Habislah, auto dipecat jadi menantu. Hahaha" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut merasa takut selepas melihat kejadian tersebut.

Mereka seolah-olah membayangkan bagaimana jika diri mereka berada di tempat wanita itu. Malah, ada juga yang bergurau dengan berkata dia selepas ini mungkin akan dipecat daripada jadi menantu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.9M views, 73K likes dan 687 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:

Alamak, baru nak tolong dah jadi macam tu ya. Nasib baik mak mentua dia okay je :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: