[VIDEO] "Insan Terpilih" - Isteri Tak Kisah Suami Kahwin Lagi, Siap Risik Untuk Bakal Madu
Orang yang kuat je boleh terima ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Poligami merupakan topik yang sangat sensitif terutamanya bagi wanita
Sudah pasti, poligami membenarkan suami untuk berkahwin lagi dan bila sebut saja perkataan bermadu tentu akan tercetusnya pergaduhan antara suami isteri.
Mana tidaknya, bukan semua orang sanggup berkongsi kasih dengan suami sendiri bukan? Malah, 'madu' ini juga sering dipandang negatif oleh masyarakat.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita mengizinkan suaminya untuk berkahwin lagi mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Isteri izinkan suami kahwin buat kali kedua, siap pakaikan sampin di hari nikah
Menerusi video tersebut, kelihatan si isteri berpakaian sedondon dengan suami dan madunya. Dia juga dilihat sempat membantu si suami memakai sampin untuk majlis akad nikah mereka.
Difahamkan, wanita itu telah merisik bakal madunya sendiri seminggu sebelum majlis nikah berkenaan. Dia memberitahu bahawa dia ikhlas menerima takdir dan jodoh madunya itu.
Malah, dia meminta orang ramai agar mendoakan hubungan mereka baik-baik saja dan mendoakan kebahagiaan mereka semua.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Satu je nak cakap, bila bermadu hati dan jiwa kena lebih kuat daripada batu yang keras" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai pandangan mereka mengenai isu itu.
Malah, mereka juga tumpang gembira melihat kebahagiaan keluarga itu. Ramai juga yang mendoakan mereka dan memberitahu wajah kedua-dua madu itu ada sedikit iras.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 5,138 likes, 893 comments dan 383 shares di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen netizen di TikTok: