First Time Lihat 'Bayang-Bayang' Sendiri, Cara Budak Ini Terkejut Undang Tawa Ramai
Dia punya terkejut tu lawak betul.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika anda mempunyai anak-anak yang semakin membesar, sudah pasti banyak perkara yang ingin dipelajarinya
Kadang kala mereka boleh melakukan sesuatu perkara luar jangkaan kita kerana mahu mencuba sesuatu yang baru.
Kita sebagai ibu bapa pula perlu menerangkan dengan baik setiap persoalan yang ditanyakan agar mereka lebih faham.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila gelagat seorang budak lelaki melihat bayang-bayangnya mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
First time tengok bayang-bayang sendiri sampai menjerit ketakutan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak lelaki itu sedang berjalan di dalam rumahnya sebelum dia tiba-tiba menyedari seperti ada sesuatu mengekorinya.
Rupa-rupanya itu adalah bayang-bayangnya yang dipantulkan oleh cahaya lampu di dalam rumah. Difahamkan ini merupakan kali pertama dia melihat bayang-bayangnya sendiri.
Apa yang lebih melucukan adalah setelah dia beberapa kali melihat bayangan dirinya itu, dia kemudian menjerit dengan kuat kerana terkejut segala pergerakan bayang-bayang itu sama sepertinya.
"That scream made me afraid of his shadow too" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet juga turut terhibur melihat video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 21.9M views, 3.3M likes dan 45.7K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: