seismik

[VIDEO] "Anak Bertuah" - Syok Menyamar Jadi Patung Dekat Butik, Sekali Kantoi Mak Terjumpa

Comel je perangai.

Cover image via @nabillazailany (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika anda mempunyai anak yang masih kecil, pasti banyak telatah dan ragam mereka bukan?

Mana tidaknya, kadang-kala pemikiran mereka ini berada di luar daripada jangkaan dan tidak disangka.

Ianya kerana semakin mereka membesar semakin banyak perkara yang ingin mereka tahu dan belajar. Jadi, ibu bapa kenalah bersiap sedia dengan situasi ini.

Namun, lain pula yang terjadi dengan sebuah video di TikTok ini apabila gelagat seorang kanak-kanak perempuan menyamar jadi patung mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cari anak dalam butik, rupa-rupanya tengah berangan jadi patung

Menerusi video tersebut, kelihatan si ibu sedang mencari anaknya di dalam sebuah butik pakaian.

Namun, tidak lama selepas itu dia menjumpai anaknya itu dicelah-celah patung sambil berdiri tegak dan berangan menjadi seperti patung juga.

Insiden itu membuatkan si ibu tergelak melihat gelagat anak perempuannya itu. Malah, video tersebut telah mendapat perhatian ramai di TikTok.

"Pandai pulak dia duduk celah tu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak tersebut. Malah, ada juga yang menganggapnya cerdik dan panjang akal kerana berfikiran begitu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 58.7K views, 2,223 likes dan 114 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dia ingat tak ada orang nampak ke menyorok dekat situ. Comel je :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: