Pukul 2 Pagi Abang Kejut Suruh Lap Air Liur Basi, Tapi Gelagat Si Adik Pula Curi Tumpuan
Confident betul adik tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebagai manusia, tidur adalah perlu untuk merehatkan badan kita setelah penat seharian melakukan kerja
Tambahan lagi jika anda sangat berproduktif pada hari itu, pasti badan akan merasa penat yang membuatkan anda mudah untuk tidur.
Jika anda selalu tidur dengan orang yang kuat mengigau, berdengkur dan sebagainya, sudah tentu pelbagai gelagat yang anda boleh perasan sewaktu itu.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki yang mengejut adiknya untuk mengelap air liur basi mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Adik mamai tersolat Subuh lepas abang kejut bangun lap air liur
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki memaparkan gelagat adik lelakinya yang mamai selepas dikejut untuk bangun dan basuh mulut disebabkan air liur basinya.
Tetapi, apa yang lebih menghiburkan adalah sebaik saja si adik bangun dan pergi ke tandas untuk membasuhnya, dia kemudian dilihat keluar dan terus untuk menunaikan solat Subuh sedangkan ia baru saja pukul 2 pagi waktu itu.
Gelagat itu ternyata membuatkan si abang ketawa kerana melihat adiknya yang masih mamai dan fikir ia telah masuk waktu Subuh.
"Lepastu time Subuh dia bangun lagi tak? Hahaha" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si adik tersebut.
Malah, ada yang bertanya bagaimana si adik tidak mendengar suara abangnya yang gelak selepas melihatnya. Ada juga yang tertanya adakah Subuh nanti dia akan bangun semula.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 535.1K views, 95.1K likes dan 1,691 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: