"Betapa Susahnya Masa Mengandung" - Wanita Ini Uji Letak Tembikai Pada Perut Si Suami
Next kena letak dua buah tembikai pulak.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap wanita yang sudah berkahwin pasti akan merasa gembira sebaik saja tahu diri mereka sudah hamil
Mana tidaknya, anak adalah pelengkap dalam sesebuah rumah tangga yang dibina. Tentu saja pelbagai perasaan yang ada dalam diri.
Namun, hanya wanita saja yang tahu dan faham bagaimana rasanya keadaan apabila sedang mengandung. Aktiviti harian juga akan terbatas kerana tidak boleh melakukan banyak benda.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita menguji suaminya tentang bagaimana kepayahannya melakukan aktiviti seharian ketika sedang mengandung mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Uji suami merasa bagaimana rasanya keadaan sedang mengandung
Menerusi video tersebut, kelihatan si isteri telah mencabar suaminya untuk membiarkan dia merasa bagaimana kepayahannya melakukan aktiviti seharian ketika mengandung.
Si suami juga diikatkan dengan sebuah tembikai pada perutnya. Lelaki itu kemudian mula melakukan aktiviti seharainnya seperti biasa. Namun, dia terlihat agak sedikit sukar dalam melakukannya oleh kerana 'perutnya' yang besar kerana sarat mengandung.
Bukan itu saja, si suami turut melakonkan semula bagaimana keadaan si isteri apabila sedang mengandung daripada persepsi matanya.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"All guys should have to try this" - Warganet
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terhibur melihat gelagat lelaki tersebut. Malah, ada yang menyifatkan ia hanya 1% rasa daripada keadaan mengandung sebenar.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 104.3K views, 7,434 likes dan 148 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: