seismik

[VIDEO] Tak Pernah Berkira Tolong Buat Kerja Rumah, Suami Menangis Isteri Hadiahkan PS5

Happy tak terkata tu!

Cover image via @adlinayusof (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam rumah tangga, adalah bagus jika suami isteri dapat membantu antara satu sama lain

Contohnya seperti suami membuat kerja rumah dan tidak mengharapkan isteri saja, begitu juga dengan hal penjagaan anak.

Perkara ini bukan saja dapat meringankan beban isteri, tetapi juga dapat mengeratkan lagi hubungan dan kasih sayang sesama sendiri.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita menghadiahkan Playstation 5 (PS5) buat suaminya kerana rajin membantunya membuat kerja rumah tanpa disuruh mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terharu dengan kerajinan suami yang tolong meringankan bebannya

Menerusi video tersebut, kelihatan si isteri menunjukkan kerajinan suaminya dalam melakukan pelbagai kerja rumah seperti menyiang lauk, menjemur baju, mencuci pinggan dan pergi ke pasar.

Menurut wanita itu juga, dia yang merupakan peniaga bengkung sudah bernazar untuk menghadiahkan PS5 jika jualannya baik dan ternyata semuanya berjalan dengan lancar.

Dia juga bersyukur kerana suaminya seorang yang rajin dan tidak pernah meminta balasan apa-apa. Jadi, sebagai tanda penghargaan dia membelikan PS5 tersebut.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@adlinayusof

Reply to @ellanykasturi Bahagia dengan cara kita sendiri ##fyp ##loveofmylife ##familyguy

Sumpah Ku Mencintaimu - Alsa Aqilah

"Susah nak dapat suami yang rajin ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan kata-kata positif buat pasangan itu. Malah, ada juga yang berkongsi perangai sama suami mereka yang rajin menolong.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 418.3K views, 25.7K likes dan 969 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kan bagus macam ni saling bantu-membantu buat kerja rumah :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: