seismik

Dilarang Rentas Negeri Bawa Ayah Ke Hospital Kali Terakhir, Wanita Kecewa Tindakan Polis

Sedihnya tak dapat jumpa kali terakhir.

Cover image via Aida Najwa (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Disebabkan pandemik Covid-19, kerajaan masih tidak membenarkan semua orang untuk merentas negeri kecuali atas alasan tertentu

Sudah pasti, ramai yang rindukan keluarga mereka yang jauh berada di kampung halaman. Pelbagai kerisauan ada, tambahan lagi jika ibu bapa kita sedang sakit. Mesti kita mahu berada di samping mereka bukan.

Namun, lain pula dengan kejadian yang tular baru-baru ini di Facebook. apabila seorang wanita meluahkan rasa terkilannya kerana tidak dapat merentas negeri untuk menjaga ayahnya buat kali terakhir.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Kecewa tak dapat jaga ayah buat kali terakhir walaupun dah lampir surat doktor

Menerusi posting itu, dia berkongsi rasa kecewanya dengan layanan polis yang tidak membenarkan dia merentas negeri untuk membawa ayahnya ke hospital. Selepas 11 hari permohonannya ditolak, dia telah mendapat khabar berita yang ayahnya sudah meninggal dunia.

Menerusi sumber, dia dan adik-adiknya menanggung penyesalan seumur hidup kerana tidak dapat menjaga ayah mereka kali terakhir.

Difahamkan, dia menyediakan permohonan rentas negeri serta dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, salinan kad OKU ayahnya, dan salinan temujanji rawatan dialisis kepada pihak polis.

Malah apa yang lebih mengejutkan adalah pertanyaan polis yang membuatkan dia tersentak dengan bertanya, "habis tu makcik mana? Dah mati?".

Dia juga bercadang membuat aduan rasmi terhadap layanan yang diterimanya di Balai Polis Salak Selatan, namun “jika polis ingin membuat siasatan mengenai kejadian itu saya sedia bekerjasama. Setakat ini polis belum menghubungi saya," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: