Suruh 'Rogol' Perempuan 18 Tahun Ke Atas, Pelajar Ini Dedah Guru Lelaki Buat Lawak Lucah
Memang patut kena ambil tindakan!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Perbuatan merogol adalah salah satu jenayah yang akan diambil tindakan berat kepada sesiapa saja yang melakukannya
Tambahan lagi kepada kaum perempuan kerana kejadian ini sering berlaku kepada mereka. Disebabkan itu, mereka dinasihatkan agar tidak berjalan seorang diri di tempat yang sunyi.
Namun, baru-baru ini tular video di Twitter mengenai pendedahan seorang pelajar perempuan yang mendakwa seorang guru lelaki di sekolahnya membuat lawak mengenai gangguan seksual di dalam kelas ketika sesi pembelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan. Video itu telah menarik perhatian ramai dengan pelbagai reaksi.
Lihat video penuh itu di bawah:
Cikgu buat lawak lucah, siap saran kalau nak rogol cari yang atas 18 tahun
Menerusi video tersebut, pelajar perempuan berkenaan berkongsi kisahnya yang berada di dalam kelas bersama seorang guru lelaki.
Dia mendedahkan pada awalnya sesi pembelajaran itu berjalan dengan baik, tetapi lama-kelamaan guru itu mula membuat lawak lucah yang membuatkan semua pelajar perempuan terdiam, manakala pelajar lelaki pula ketawa kerana merasakan topik itu kelakar.
Difahamkan, guru itu berkata jika pelajar-pelajar nak rogol, janganlah rogol yang bawah 18 tahun, rogol yang 18 tahun ke atas sebab banyak undang-undang untuk bawah umur.
Walau bagaimanapun, pelajar itu telah memaklumkan gurauan yang dilakukan oleh guru tersebut kepada guru kaunseling di sekolahnya.
Bapa pelajar dedah anak terima ugutan rogol daripada rakan
Menerusi laporan, Pelajar berusia 17 tahun yang mendedahkan mengenai lawak rogol seorang guru lelaki itu dikatakan turut menerima ugutan rogol dari rakan sekelasnya.
Menurut bapanya, dia juga berasa berbelah bahagi untuk mengizinkan anaknya ke sekolah seperti biasa selepas dimaklumkan mengenai ugutan rogol tersebut.
"Respons daripada kawan-kawan lelaki sekolahnya tidak berapa bagus malah ada yang ugut untuk rogol. Mereka berasakan anak saya sudah memalukan nama baik sekolah dan mengaibkan guru tersebut," katanya.
Dia kemudian membuat laporan polis yang berasingan untuk ugutan yang diterima anaknya itu. Sementara itu, pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap laporan yang dibuat dan akan memanggil saksi-saksi yang terlibat bagi membantu siasatan.
Ini adalah organisasi-organisasi di Malaysia bertujuan untuk membantu mangsa rogol dan serangan seksual:
1. WOMEN'S AID ORGANISATION (WAO)
Waktu operasi: 24 jam
Nombor: +603-30008858
SMS/WhatsApp: +6018-9888058
Website | Facebook | Twitter
2. ALL WOMEN'S ACTION SOCIETY (AWAM)
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (9.30 pagi hingga 4.30 petang)
Nombor: +603-78770224
WhatsApp: +6016-2284221 | +6016-2374221
Email: [email protected]
Website | Facebook | Twitter
3. WOMEN'S CENTRE FOR CHANGE PENANG (WCC PENANG)
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 5 petang)
Nombor: +604-2280342 | +604-3988340
WhatsApp: +6011-31084001 | +6016-4390698
Email: [email protected]
Website | Facebook | Twitter
4. SARAWAK WOMEN FOR WOMEN SOCIETY (SWWS)
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 5.30 petang)
Nombor: +6082-422660
SMS/WhatsApp: +6013-8044285
Email: [email protected]
Website | Facebook | Twitter
5. SABAH WOMEN'S ACTION-RESOURCE GROUP (SAWO)
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 2 petang)
Nombor: +6088-280200
Email: [email protected]
Website | Facebook | Twitter
6. PROTECT AND SAVE THE CHILDREN (PS THE CHILDREN)
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi hingga 5.30 petang)
Nombor: +6016-2273065 | +6016-7213065
WhatsApp: +6016-7213065
Email: [email protected]
Website | Facebook | Twitter
7. INTERNET WATCH FOUNDATION (IWF)
Anda boleh melaporkan kandungan penderaan seksual kanak-kanak tanpa nama secara rahsia dan gambar penderaan seksual kanak-kanak bukan fotografi dengan IWF’s Reporting Portal.