Masjid Tersilap Laung Azan Maghrib 3 Minit Awal, Habis Semua Puasa Jemaah Terbatal
Alamak, dugaan.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pada bulan Ramadan ini pastinya ramai orang yang berlumba-lumba mahu mendapat pahala dan melakukan kebaikan, kerana pada bulan ini ibadah yang dilakukan akan mendapat 2 kali ganda pahala
Selain melakukan amal ibadah, sudah tentu azan Maghrib adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua orang untuk berbuka puasa.
Namun, lain pula yang terjadi di sebuah masjid di Taman Seri Gombak ini apabila semua jemaah perlu menggantikan puasa yang terbatal berikutan masjid itu tersilap melaungkan azan Maghrib tiga minit lebih awal daripada waktu sebenar, kelmarin.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Pihak masjid mohon maaf atas kesalahan yang terjadi, terangkan situasi sebenar
Menerusi posting di laman Facebook itu, pihak Masjid Al-Khairiyah telah memaklumkan bahawa kesilapan itu berpunca kerana masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid tersebut.
Menurut nazir masjid berkenaan, ibadah puasa bagi jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari masjid itu telah terbatal pada hari tersebut.
"Sila maklum bahawa puasa Tuan,Puan telah terbatal pada hari tersebut dan perlu diganti dan diqadha"
"Begitulah pandangan jumhur ulama’ dari kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama’ Hanbali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqadha," katanya.
Dia juga turut memohon maaf daripada pihak masjid dan berharap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi.
"Sayangnya, dah habis satu hari berpuasa" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang meninggalkan pelbagai reaksi mereka mengenai insiden berkenaan. Malah, ada yang cakna dengan kejadian tersebut dan redha apabila kena ganti semula.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 579 likes, 124 comments dan 279 shares di Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook: