seismik

Imam Tak Perasan Mikrofon Tak Bunyi Masa Solat Tarawih, Pak Cik Ini Pantas Jadi Hero Ramai

Nasib baik ada pak cik ni selamatkan keadaan.

Cover image via @furqanfawwaz (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum semua mengetahui bahawa kita telah pun tiba di bulan yang paling mulia iaitu bulan Ramadan

Oleh itu, kerajaan telah membenarkan orang ramai hadir ke masjid untuk solat tarawih secara berjemaah tetapi mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.

Pasti ramai yang tidak sabar ke masjid kerana pada tahun lepas kita tidak dapat merasa suasana ini. Bagi imam di masjid, masalah teknikal yang berlaku kadang kala memang tidak boleh dijangka sehinggakan boleh menimbulkan masalah kepada jemaah.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Instagram baru-baru ini apabila seorang pak cik datang menyelamatkan keadaan semasa solat tarawih mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Saat mendebarkan bila mikrofon imam tak berbunyi

Menerusi video tersebut, kelihatan orang ramai sedang melakukan solat tarawih berjemaah di dalam sebuah masjid.

Namun, ketika semua orang masih leka dan menunggu saat untuk mulakan solat, imam tersebut sudah mula melafazkan takbiratul ihram. Insiden itu akhirnya disedari oleh seorang pak cik yang juga bilal di masjid berkenaan.

Dia seperti terpinga-pinga memikirkan dan melihat jemaah lain yang masih belum bersedia. Rupa-rupanya mikrofon milik imam tidak mempunyai bunyi membuatkan para jemaah tidak perasan dengannya.

Pak cik itu kemudian membuka butang on kepada mikrofon di poket imam berkenaan dan situasi kembali normal.

"Bagi tepukan dekat pak cik tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji tindakan pak cik tersebut yang pantas menyelesaikan masalah. Malah, ada juga memuji kecomelan gelagat pak cik itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 169K views, 46,302 likes dan 577 comments di Instagram.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

Nasib baik pak cik tu perasan, kalau tak tahulah kan :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: