seismik

Selain Solat Tarawih, Rupanya Ini Antara Ibadah Solat Sunat Lain Yang Anda Boleh Lakukan

Jom kumpul pahala!

Cover image via Daily Rakyat & Sinar Harian

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam di seluruh negara

Selain wajib untuk berpuasa, ramai juga yang berebut-rebut mahu menambah pahala dengan melakukan banyak amal ibadah pada bulan ini. Bahkan, ramai menjadikan bulan puasa sebagai cara paling mudah untuk mencari keberkatan untuk hari akhirat nanti.

Tambahan lagi, ganjaran mereka yang mengerjakan amal ibadah pada bulan Ramadan adalah berlipat kali ganda daripada bulan biasa. Ibadah fardu juga diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda.

Jadi, memang tak rugi kalau kita mengisi masa pada waktu ini dengan amal ibadah. Selain solat tarawih, mungkin ini antara solat sunat lain yang anda boleh lakukan untuk menambah pahala:

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

1. Solat Tarawih

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Solat tarawih sudah menjadi salah satu solat sunat wajib yang dilakukan oleh umat Islam ketika di bulan Ramadan. Ia boleh dilakukan secara 8 rakaat, 20 raakaat dan paling sedikit boleh dilakukan adalah 2 rakaat dengan 1 rakaat solat witir.

Selain mendapat pahala berlipat kali ganda, anda juga boleh memperolehi banyak manfaat daripadanya.

2. Solat Tahajud

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tzkrh

Solat sunat ini biasanya akan dilakukan pada lewat tengah malam sebelum masuknya waktu Subuh. Bukan hanya perlu dilakukan pada bulan Ramadan, tetapi ia sangat digalakkan jika dilakukan setiap hari.

Hal ini kerana, solat tahajud dapat menghindarkan kita dari pelbagai bencana, diringan hisab dan dapat menenangkan fikiran. Malah, ia segala doa juga pasti akan termakbul pada ketika ini.

3. Solat Dhuha

Gambar sekadar hiasan.

Image via Haberturk

Solat dhuha sebenarnya sangat digalakkan untuk anda lakukan ketika pada bulan Ramadan. Hal ini kerana anda boleh memperolehi keberkatan yang sangat luar biasa melalui solat dhuha.

Solat ini perlu dilakukan setelah matahari terbit menjelang solat Zohor. Rakaatnya juga hanya 2 rakaat saja.

4. Solat Taubat

Gambar sekadar hiasan.

Image via Myinfo maya

Solat ini sangat sesuai kepada sesiapa saja yang ingin memohon keampunan daripada Allah SWT. Ia sangat digalakkan untuk dilaksana pada bulan Ramadan kerana pada masa ini pintu taubat akan dibuka seluas-luasnya.

Solat taubat ini disarankan supaya anda melakukannya pada malam hari setelah solat tarawih. Malah, selepas melakukan solat ini, Insyaa-Allah segala keampunan akan diterima dan segala dosa akan dihapuskan.

5. Solat Hajat

Gambar sekadar hiasan.

Image via Haberturk

Solat hajat ialah solat sunat untuk kita membuat permintaan khusus daripada Allah SWT. Ia sangat digalakkan untuk dilakukan pada bulan Ramadan kerana Insya-Allah segala doa akan dikabulkan.

Solat ini boleh dilakukan pada waktu siang atau malam dengan tujuan untuk memohon segala permintaan daripada Allah SWT.

6. Solat Qobliyah dan Solat Ba'diyah

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pikiran Rakyat

Solat sunat ini kebiasannya dilakukan sebelum atau selepas solat wajib. Solat qabliyah dilakukan sebelum solat wajib manakala solat ba'diyah dilaksanakan selepas solat wajib.

Manfaat daripada solat ini juga mampu untuk menambahkan pahala menuju ke jalan Syurga.

7. Solat Tasbih

Gambar sekadar hiasan.

Image via Merdeka.com

Solat tasbih sangat digalakkan untuk dilaksanakan selepas solat tarawih tanpa berjemaah.  Tetapi, sebenarnya ia boleh dilakukan pada siang atau malam hari. 

Jika anda lakukan pada waktu siang, solat tasbih ini dilakukan 4 rakaat dengan sekali salam. Namun, jika anda lakukan pada malam hari, dengan dua kali salam.

Jom tambah pahala dengan lakukan solat-solat sunat di atas. Selamat beramal! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: