seismik

Tak Nak Jadi 'Manusia Paling Rugi', Elak Lakukan 5 Perkara Ini Di Bulan Ramadan

Elakkan guys!

Cover image via Freepik & Mstar

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai seorang umat Islam, setiap amalan yang dilakukan dapat memberi manfaat di dalam diri kita

Tambahan lagi bila tiba bulan puasa, tentunya setiap amalan kebaikan yang kita lakukan Insya-Allah akan menjadi berlipat kali ganda. Jadi, pada bulan inilah ramai orang berebut-rebut mahu melakukan amal ibadah.

Tetapi, adalah sangat rugi jika kita tidak mengambil kesempatan dengan melakukan pelbagai kebaikan dan sunnah pada bulan mulia ini kerana kita tidak tahu bila lagi kita akan berjumpa dengan Ramadan.

Jadi, jika anda tidak mahu tergolong dalam kalangan manusia paling rugi, elakkan daripada melakukan perkara-perkara ini di bulan ramadan:

1. Tidak bangun sahur

Gambar sekadar hiasan.

Image via Butterkicap

Sahur merupakan waktu yang sangat penting untuk orang yang berpuasa. Hal ini kerana waktu sahur dapat memberikan keberkatan kepada kita di pagi hari. Selain itu, orang yang bangun pada waktu sahur dan meminta keampunan Allah maka dosa mereka akan diampuni.

Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 17: (Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.

2. Menunggu waktu berbuka tanpa berdoa

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kompas.com

Antara waktu yang paling mujarab untuk berdoa adalah semasa menunggu waktu berbuka puasa. Namun, tidak ramai dalam kalangan kita mengamalkannya kerana terlalu fokus melihat hidangan yang berada di depan mata.

Rasulullah SAW bersabda: Sungguh orang yang berpuasa mempunyai doa yang dikabulkan dan tidak akan ditolak tatkala berbuka puasa (HR Ibn Majah 1743).

3. Tidur sepanjang hari

Gambar sekadar hiasan.

Image via AIA

Perbuatan tidur itu tidaklah membatalkan puasa, namun para ulama berkata orang yang banyak menghabiskan waktunya dengan tidur sepanjang hari merupakan orang yang paling rugi. Sudah pasti mereka adalah orang yang paling rugi kerana mementingkan tidur daripada melakukan amal ibadah.

Rasulullah SAW bersabda: Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan pahala puasanya selain lapar dahaga dan berapa banyak orang yang solat malam tidak mendapatkan pahala solat malamnya selain hanya sekadar bangun malam.

4. Tidak membaca Al-Quran

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Pada bulan ini, Al-Quran diturunkan sebagai panduan bagi semua umat Islam. Membaca Al-Quran pada bulan Ramadan tidak sama dengan membacanya pada bulan lain kerana hukum membaca Al-Quran bukan wajib, tetapi sunat.

Namun, apabila dibaca pada bulan Ramadan, ganjarannya ibarat melakukan amalan wajib pada bulan lain. Sangat rugi jika seseorang tidak meluangkan waktunya untuk membaca Al-Quran pada bulan Ramadan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dengan yang salah." (Surah al-Baqarah, ayat 185)

5. Tidak bersedekah

Gambar sekadar hiasan.

Image via Korban Aqiqah

Bulan Ramadan tidak dapat dipisahkan dengan amalan bersedekah. Namun, ada sesetengah orang tidak mengambil endah tentang perkara ini. Ia sepatutnya perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin kerana pada bulan yang mulia ini Allah SWT menjanjikan bagi tiap-tiap amal soleh itu akan digandakan pahalanya sehingga 700 kali ganda.

Allah SWT berfirman: "Ambillah zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah At-Taubah, ayat 103)

Setahun sekali je kita dapat sambut bulan mulia ni. Rebutlah pahala banyak-banyak okay! ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: