seismik

Ini Antara 7 Jenama 'Hand Sanitizer' Yang Bagus & Menjadi Pilihan Ramai Rakyat Malaysia

Benda wajib ada zaman sekarang.

Cover image via Kompas & Sinar Harian

Umum sedia maklum, tentang penularan wabak Covid-19 yang telah merebak ke seluruh dunia termasuklah Malaysia

Gambar sekadar hiasan.

Image via Okcommerce

Hal ini menyebabkan kita perlu mengamalkan kehidupan secara norma baru untuk memutuskan rantaian Covid-19.

Ada beberapa langkah yang perlu kita lakukan untuk memastikan diri kita sentiasa berada dalam keadaan selamat dan bersih.

Contohnya seperti kerap mandi selepas pulang daripada luar, memakai pelitup muka, jaga penjarakan fizikal, kerap cuci tangan dan memakai hand sanitizer.

Hand sanitizer sebenarnya berkesan untuk membunuh 99.9% kuman di tangan. Cara penggunaannya juga sangat mudah dan senang untuk digunakan dimana-mana saja.

Berikut adalah antara 7 jenama hand sanitizer yang dipercayai dan menjadi pilihan:

1. Dettol instant hand sanitizer

Image via Guardian

Dettol Original Instant Hand Sanitizer membunuh 99.9% kuman tanpa air. Formula segera ini diperkaya dengan lidah buaya yang menenangkan, bebas bilas dan tidak melekit.

Botolnya pula bersaiz kecil dan sesuai untuk digunakan semasa di luar rumah dan sangat sesuai untuk disimpan di dalam kereta, pejabat, beg atau poket anda.

Harga: RM6.70
Size: 50ml

2. Lifebuoy instant hand sanitizer

Image via Guardian

Ianya terbukti dapat membunuh 99.9% perlindungan kuman dengan serta-merta dalam masa 10 saat, termasuk virus H1N1, tanpa memerlukan air, Lifebuoy Hand Sanitizer membunuh bakteria dengan berkesan dan menyahaktifkan virus di tangan anda.

Ia adalah pembasmi kuman yang sesuai digunakan semasa dalam perjalanan. Ia juga cepat kering, tidak melekit dan mengandungi pelembap dan Vitamin E yang diketahui menjaga tangan anda lembut dan halus.

Harga: RM6.70
Size: 50ml

3. Antabax anti-bacterial sanitizer spray

Image via Guardian

Selain dapat membersihkan tangan anda dengan mudah dan menghilangkan 99.9% bakteria berbahaya, Antabax Hand Sanitizer Spray memberikan penjagaan dan kelembapan pada kulit anda.

Penggunaan serbaguna adalah mudah, dan anda bahkan dapat menggunakannya untuk membersihkan permukaan apa pun hanya dengan satu semburan.

Dengan wangiannya yang menyegarkan, tangan anda dijaga bersih dan segar melalui formulasi yang tidak lekat serta melindungi, menyuburkan dan menghidrat.


Harga: RM4.80
Size: 50ml

4. Trust nature instant hand sanitizer

Image via Syukran Fillah

Hand sanitizer jenis gel ini mengandungi 70% alkohol untuk membasmi kuman pada tangan.

Ianya juga diperkaya dengan minyak tea tree dan partikel nanonized silver yang berfungsi untuk memberi pelindungan daripada pembiakan bakteria.

Harga: RM9.90
Size: 50ml

5. Eskulin kids hand sanitizer

Image via Royale Pharma

Produk ini sangat menarik kerana ia dirumus khas untuk kegunaan kanak-kanak, hand sanitizer ini membantu membunuh kuman dengan penggunaan sedikit sahaja.

Anda hanya perlu picit hand sanitizer pada tapak tangan dan sapu rata. Bilasan menggunakan air tidak diperlukan kerana ianya tidak melekit.

Harga: RM4.50-RM8.90
Size: 50ml

6. Applecrumby gel hand sanitizer

Image via Guardian

Pembersih tangan ini berasaskan tumbuhan yang berkesan membunuh 99.9% kuman dan bakteria. Ianya diuji oleh hypoallergenic dan dermatologi.

Gel pembersih ini dibuat dengan bahan pelembap dan tidak akan mengeringkan kulit. Malah, ia juga selamat digunakan pada bayi dan kanak-kanak untuk melindungi mereka daripada kuman.

Harga: RM4.95
Size: 50ml

7. Betadine natural defense hand sanitizer

Image via Sample Store

Hand sanitizer ini sangat sesuai untuk digunakan oleh seisi keluarga kerana ianya bebas daripada bahan kimia yang merbahaya.

Ianya diperkaya dengan aloe vera dan Manuka Honey yang bagus untuk kulit. Malah, hand sanitizer ini telah dipercayai oleh pakar dermatologi dan selamat untuk digunakan.

Harga: RM6.45
Size: 50ml

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda dalam memilih hand sanitizer yang sesuai untuk seisi keluarga. Stay safe!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: