seismik

[VIDEO] Jualan Produk Terus Jadi Laku Keras, Sebab Doktor Ini Terang Cara Pakai Yang Betul

Terus ramai yang beli produk ni.

Cover image via @thedancedoc (TikTok)

Mengimpikan kulit wajah yang bersih dan berseri adalah idaman setiap orang

Pasti kita ingin tampil dan yakin dengan adanya kulit wajah yang licin lebih-lebih lagi tidak mempunyai masalah jerawat.

Ubat jerawat adalah salah satu jalan penyelesaian bagi mengurangkan masalah jerawat di muka.

Seperti yang tular baru-baru ini di laman sosial TikTok apabila produk ubat jerawat ini kembali menjadi perbualan netizen.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Blogspot

Kembali mendapat permintaan tinggi lepas video tular

Jenama ubat jerawat Nixoderm itu sememangnya popular dalam kalangan pengguna. Oleh kerana tularnya video itu, produk tersebut sekaligus mendapat permintaan yang tinggi.

Menerusi sumber, Nisolab, yang memiliki hak perlesenan produk Nixoderm di Malaysia dan Singapura menyedari jualan krim jerawat itu meningkat sebanyak 30 hingga 40 peratus di platform peruncit pada Disember. Pertumbuhan jualan di gedung dalam taliannya di platform membeli belah Shopee juga meningkat berganda.

Trend itu bermula dengan satu video yang dihasilkan oleh Amir Aqram Azizi di akaun TikTok miliknya @thedancedoc pada 16 Disember tahun lepas. Dia menjelaskan bagaimana untuk menggunakan krim Nixoderm untuk menghapuskan jerawat. Video tersebut mendapat lebih 208,100 tontonan dengan hampir 14,000 tanda suka.

@thedancedoc

Cara penggunaan nixoderm @adinalhadi1994

bunyi asal - Amir Aqram Bin Azizi

Syarikat terhutang budi dengan video di akaun TikTok, mahu memberi sedikit ganjaran

Tan Sri M. Ariffin Yusuf, Pengarah Urusan Prima Group yang memiliki Nisolab memberitahu Bernama peningkatan jualan Nixoderm telah mengejutkan syarikat tersebut.

Malah, beliau juga memberitahu apabila kakitangannya mendapat tahu mengenai video yang tular di aplikasi video sosial TikTok itu, beliau kagum bagaimana mudahnya ia mempengaruhi jualan syarikat.  

Menurutnya, syarikat itu tidak tahu siapakah pemilik akaun TikTok berkenaan, tetapi ingin menjejaki lelaki itu agar Nisolab boleh memberi sedikit ganjaran barangan percuma kepadanya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut membanjiri pelbagai pertanyaan mengenai masalah kulit muka mereka

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: