seismik

[VIDEO] Pengantin Wanita Cover Ayu Makan Aiskrim, Sampai Dekat Suami Terus Ngap Je. Lawak!

Lapar sangat ke tu bang.

Cover image via @intanadan1 (TikTok)

Perkahwinan merupakan momen paling indah dan bermakna yang pasti tidak dapat kita lupakan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pesona Pengantin

Sudah pastinya detik-detik indah ini mahu dirakam untuk kenangan anda bersama si dia untuk tatapan hari tua nanti.

Bukan saja ketika berada di atas pelamin tetapi makan beradab juga antara momen yang paling bermakna buat pasangan pengantin.

Namun, lain pula seperti yang berlaku kepada pasangan pengantin ini apabila tular video TikTok gelagat mereka semasa makan beradab mencuri tumpuan.

Photographer suruh pengantin suap makan aiskrim, isteri cover ayu

Menerusi video tersebut, pasangan pengantin yang dilihat mengenakan busana berwarna biru itu diminta oleh jurugambar untuk melakukan beberapa posing ketika makan beradab.

Ketika pengantin lelaki sedang menyuapkan aiskrim kepada isterinya, wanita itu kelihatan memakannya dengan keadaan yang sopan.

Sampai dekat turn suami sekali ngap je aiskrim dalam mulut

Namun, apa yang lebih melucukan selepas menyuapkan aiskrim tersebut kepada pengantin perempuan, lelaki itu dengan selamba terus memasukkan aiskrim berkenaan ke dalam mulutnya dan habis sekelip mata.

Ternyata gelagat pengantin lelaki itu mencuri tumpuan yang seperti tidak cover langsung seperti pengantin-pengantin yang lain.

"Nampak tak korang yang hensem-hensem tu, perempuan memang akan pilih yang kelakar" - Netizen

Sementara itu, rata-rata netizen turut terhibur melihat video berkenaan malah ada yang menyifatkan pengantin lelaki tersebut pasti seorang yang kelakar dan dapat menghiburkan isterinya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 323.6K views, 16.7K likes dan 511 comments.

Aduhai, tak cover langsung ya pengantin lelaki ni makan. Nasib baik isteri dia steady je :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: