[VIDEO] Remaja Umur 16 Tahun Luah Rasa Gembira Teman Lelaki Mahu Masuk Meminang
Mudanya umur mereka.
Wanita mana saja yang tidak gembira apabila dilamar oleh lelaki yang dicintainya selama ini
Tentunya lamaran tersebut menjadi detik yang tidak akan dilupakan dalam hidup kita.
Lebih-lebih lagi jika kita melihat kesungguhan seseorang lelaki itu untuk menghalalkan kita. Perasaan teruja itu pasti akan datang dalam diri.
Teruja teman lelaki masuk meminang walaupun baru umur 16 tahun
Tular baru-baru ini di media sosial apabila video di aplikasi TikTok yang memaparkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun berkongsi detik gembira dalam hidupnya.
Difahamkan, dia memuat naik video tersebut kerana telah mengikat tali pertunangan bersama seorang lelaki yang juga sebaya dengannya.
Kekasih nekad tiba-tiba mahu ajak bertunang
Menerusi video tersebut, remaja perempuan yang dikenali sebagai Leeya itu berkongsi saat gembira apabila dia dilamar oleh teman lelakinya pada usia yang muda.
Dia juga mengaku pada mulanya menyangka kekasihnya itu hanya membuat gurauan. Namun, lelaki mula bertekad mahu benar-benar menghantar rombongan kepadanya membuatkan dia terkejut.
Kongsi gambar muka teruja nak tunggu hingga hari pertunangan
Walaupun usia yang masih muda, tetapi ia sama sekali tidak menghalang kelancaran pada majlis tersebut.
Leeya juga sempat berkongsi video keterujuaan saat-saat dia ingin menjadi tunangan orang.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga mengucapkan tahniah dan ada yang merasa pelik bagaimana ibu bapa mereka merestui pertunangan mereka ini