seismik

[VIDEO] Anak Cabar Hidupkan Mentol 'Tanpa Sentuh', Tapi Reaksi Bapa Ini Pula Curi Tumpuan

Betul ke mentol boleh hidup macam ni?

Cover image via @deep_dab (Twitter)

Pernahkah anda melihat seseorang melakukan helah ataupun trick di depan anda?

Sudah pasti ramai yang pernah melihat helah-helah yang dilakukan. Terutama daripada bapa sendiri yang suka menyakat kita sewaktu masa kecil.

Tetapi, apabila sudah meningkat dewasa ibu bapa pula perlu bersedia dengan helah yang dilakukan oleh anak mereka.

Hal ini kerana, anak-anak semakin membesar dan faham akan apa yang berlaku terhadap persekitaran mereka. Mereka juga telah belajar pelbagai subjek di sekolah dan sudah tahu membezakannya.

Lain pula dengan perkara yang terjadi kepada seorang bapa apabila videonya tular di Twitter kerana anaknya menguji akal untuk menyuruh dia menyalakan mentol tanpa perlu memegangnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Majalah Sains

Cabar bapa hidupkan mentol tanpa memegangnya

Menerusi video yang dimuat naik itu, kelihatan gadis berkenaan telah meletakkan mentol dan tiang lampu di hadapan bapanya bersama sejumlah wang.

Selepas itu, dia cuba mencabar bapanya untuk menyalakan mentol tanpa memegang objek tersebut. Jika berjaya, bapanya boleh menyimpan wang berkenaan.

Anak tunjukkan cara kepada bapa untuk nyalakan mentol

Namun, bapanya dengan serta merta berkata perkara itu sangat mustahil untuk dilakukan, dan dia bertanya jika anaknya itu baru lepas menonton rancangan sains untuk mengetahui helah tersebut.

Anaknya kemudian berkata tidak dan menunggu bapanya untuk berputus asa. Apabila lelaki itu menyerah, anaknya terus mengambil wayar lampu dan menggosokkannya pada belon di belakang mereka sebelum memasang pada suis dan mentol pun menyala.

Apa yang lebih melucukan, bapanya dilihat terkejut dan ternganga melihat helah anaknya itu yang kemudiannya mengambil semua wang di hadapannya dan beredar.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terhibur melihat reaksi lelaki berkenaan

Macam mana anak dia buat tu? Confius jugak ni!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: