[VIDEO] Terserempak Dengan Orang Yang Pakai Baju Sama, Gadis ini Pantas Menyorok Elak Malu
Malu oi!
Kebiasaannya kita akan merancang keluar berjalan sehari lebih awal bukan? Tetapi ada juga yang suka buat last minute plan.
Sudah tentu kaum perempuanlah yang paling teruja bila nak keluar dan sudah tentu akan memilih baju yang sesuai untuk keluar berjalan.
Malah, persiapan mereka ini akan mengambil masa yang sedikit lama untuk bersiap sebelum keluar berjalan. Contohnya dari segi pemilihan baju, aksesori dan solekan.
Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini apabila seorang gadis berdepan pengalaman yang melucukan ketika dia sedang berjalan-jalan.
Batal niat nak OOTD lepas ternampak orang pakai baju sama
Menerusi video tersebut, gadis berkenaan dilihat sedang berjalan bersama rakan-rakannya di sebuah taman rekreasi.
Semasa sedang sibuk mengambil gambar dia kemudiannya secara tidak sengaja terserempak dengan seorang perempuan yang turut mengenakan pakaian yang serupa dengannya.
Terus pandang tempat lain lepas lihat perempuan tersebut
Apa yang lebih melucukan perempuan tersebut dilihat dengan selamba berjalan tanpa menghiraukan situasi ketika itu.
Bukan saja sama dari segi baju, tetapi selendang dan seluar juga kelihatan 100% sama. Melihat pada insiden itu, gadis berkenaan terus tergelak dan menoleh pandangannya ke arah lain.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terhibur melihat video berkenaan dan berkongsikan pengalaman sama mereka