Akibat Selalu Diminta Kekasih Pakai 'Contact Lenses', Gadis Ini Derita Radang Mata
Teruk mata dia jadi.
Bagi pasangan yang bercinta, anda pasti mahukan kelihatan cantik dan bergaya bila setiap kali keluar dating bukan?
Itu sudah menjadi lumrah bagi setiap pasangan, memakai pakaian yang kemas dan cantik merupakan salah satu bonus untuk memikat hati si dia.
Malah, bagi perempuan make up juga amat penting jika mereka mahu keluar bersama pasangan. Namun, ada juga yang memilih untuk kelihatan natural saja.
Lain pula dengan kisah yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila bekas teman lelakinya meminta dia untuk memakai contact lenses setiap kali mereka keluar dating bersama.
Terpaksa tanggung sakit seorang diri lepas ditinggalkan kekasih
Menerusi video yang tular di aplikasi TikTok, gadis berkenaan telah menunjukkan matanya mengalami radang yang teruk kerana bekas teman lelakinya itu suka melihat dirinya memakai kanta lekap semasa keluar bersama.
Gadis berkenaan juga menceritakan, selepas kejadian itu berlaku kepadanya dia mula menyedari bahawa bekas teman lelakinya itu tidak mahu mengharungi waktu susah bersama dirinya.
Bekas teman lelaki tak ikhlas sayang, hanya beria bila nampak dalam keadaan cantik
Malah, dia juga memberitahu bahawa teman lelakinya itu bukanlah seorang yang ikhlas dan menerima kekurangan dirinya.
Difahamkan, bekas teman lelakinya itu hanya akan menyukai dan menyayangi dirinya sekiranya dia mengenakan solekan pada wajah."Bila aku mekap, aku cantik baru nampak kesungguhan kau sayang aku," tulisnya.
Sementara itu, video berkenaan telah mendapat perhatian warganet yang membanjiri dengan reaksi mereka dan mendoakan agar dia cepat sembuh