[VIDEO] 'Kekasih' Suami Tiba-Tiba Datang Minta Izin Dengan Isteri, Rupanya Ada Sebab Lain
Cuak pulak tengok situasi macam ni.
Siapa saja tak suka bila dapat surprise kan? Lebih-lebih lagi daripada orang yang tersayang. Tentu berbunga-bunga hati ini.
Walaupun ia hanya kejutan kecil tetapi itulah yang akan menjadi kenangan terindah buat diri anda dan dia.
Namun lain pula dengan video yang viral baru-baru ini apabila seorang isteri menerima kejutan daripada suaminya dengan cara yang tak disangka.
Datang seorang perempuan tiba-tiba minta izin nak kawan dengan suami
Menerusi video perkongsian di TikTok, Nisa yang merupakan seorang isteri telah didatangi oleh seorang perempuan tidak dikenali yang mahu berjumpa dengannya.
Setelah bersemuka perempuan berkenaan memberitahu untuk meminta izin berkenalan dengan suami wanita tersebut.
Wanita itu kemudian dilihat terkejut sebaik saja diberitahu sedemikian dan cuba mengawal perasaannya.
Rupanya suami saja berpakat dengan perempuan tersebut nak prank isteri
Tidak mahu mengeruhkan keadaan dengan keadaan yang lebih teruk, si isteri kemudian memberikan izin kepada perempuan tersebut untuk berkawan dengan suaminya.
Walau bagaimanapun, adegan berkenaan bertukar menjadi sedih apabila perempuan tersebut memberikan kejutan kek ulang tahun daripada si suami.
Difahamkan dalang utama adalah si suami yang kini sedang bertugas jauh di Sabah.
Sementara itu, rata-rata netizen menyifatkan si isteri seorang yang tenang dan tidak cepat melenting