seismik

[VIDEO] Sebab Takut Dengan 'Rusa', Lelaki Ini Sampai Panjat Atas Rakan Selamatkan Diri

Member juga jadi mangsa.

Cover image via @amranamri93 (TikTok)

Tentu saja anda mempunyai pengalaman pergi ke Zoo bersama rakan atau ahli keluarga bukan?

Zoo merupakan antara tempat di mana anda dapat melihat sendiri haiwan-haiwan yang jarang dilihat bebas di luar.

Kini, pelbagai tarikan dan aktiviti menarik yang anda boleh lakukan jika berada di zoo antaranya memberikan haiwan makanan, bergambar bersama mereka dan banyak lagi.

Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini apabila sekumpulan remaja yang melawat haiwan di salah sebuah zoo menarik perhatian ramai.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tafsiran Mimpi

Menjerit bila bertembung dengan 'rusa' yang bergerak bebas

Menerusi video tersebut, kumpulan remaja berkenaan difahamkan berada di Sheep Santuary yang terletak di Cameron Highlands.

Tetapi, keadaan bertukar menjadi lain apabila salah seorang rakan menjerit ketakutan selepas bertembung dengan 'rusa' (biri-biri) yang dibiarkan bebas dalam kawasan itu.

@amranamri93

Bengai @mohamadramli takut dengan rusa, kesian @nitchhh__

Laughing - PUSPA GOMEN

Sanggup panjat atas belakang badan rakan sebab takut

Apa yang lebih melucukan adalah lelaki berkenaan dengan pantasnya terus memanjat belakang badan rakannya kerana terlalu takut semasa biri-biri tersebut semakin dekat dengannya.

Kejadian tersebut telah mengundang ketawa kepada si perakam dan rakan-rakan yang melihat insiden berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis video tersebut telah meraih 1.1M views, 95.8K likes dan 1926 comments.

Dalam pada itu, warganet turut terhibur melihat video berkenaan dan meninggalkan reaksi mereka

Kelakar betul, sampai macam tu sekali takut punya pasal ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: