seismik

Demi Nak Beli Rumah, Lelaki Ini Mahu Jual PS5 Sehingga RM6,000 Terima Kecaman Netizen

Harga dia pun.

Cover image via Techradar & @bartbhrdn (Twitter)

Buat peminat permainan video pasti tahu beberapa bulan yang lalu Sony PlayStation telah membuka tempahan bagi permainan video terbaru keluaran mereka iaitu PlayStation 5 (PS5)

Berita ini membuatkan ramai peminat PlayStation tidak mahu melepaskan peluang untuk memiliki permainan video generasi baru itu.

Malah, ada yang sanggup beratur panjang untuk menunggu giliran mereka memiliki permainan tersebut.

Namun, lain pula dengan seorang pemuda yang tular di media sosial baru-baru ini apabila terpaksa menjual semula permainan video tersebut kerana mahu membayar deposit rumah.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Toms Guide

Jual dengan harga yang jauh lebih mahal daripada asal

Walau bagaimanapun, tindakan pemuda ini telah mendapat perhatian netizen apabila dia mahu menjual balik permainan video tersebut dengan harga yang jauh lebih mahal daripada asal.

Untuk maklumat anda, harga anggaran PS5 di Malaysia adalah sekitar RM1,900 untuk versi digital dan RM2,300 untuk versi biasa. Manakala, untuk controller tambahan pula dijual dengan harga sekitar RM349.

"Saya ingin jual PS5 (My Set) kesayangan saya. Jualan tak urget, disertakan 1 controller (tak pernah buka dan tak pernah guna masih baru dalam kotak) dan 3 cd PS5"

"Reason nak jual sebab nak pakai duit bayar deposit rumah. Harga dipinta RM6+++,++... Kalau berminat boleh pm saya. Kalau tak berminat abaikan saja," katanya.

"Kalau ada jugak yang beli tak tau la" - Netizen

Sementara itu, posting lelaki berkenaan telah menerima pelbagai komen dan kecaman daripada netizen kerana harga yang telah ditawarkan.

Ada juga yang berpendapat sepatutnya harga paling mahal boleh ditawarkan adalah sehingga RM3,000 saja.

Harga dia jual balik tu kalah harga asal ya. Mahal betul!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: