seismik

Racun PlayStation 5 Kembali Lagi, Akhirnya Bakal Dilancarkan Di Malaysia 11 Disember Ini

RM1869 untuk PS5 digital dan RM2299 bagi PS5 Ultra HD Blu-Ray.

Cover image via Engadget & The Verge

Penantian para peminat PlayStation 5 kini akhirnya telah tamat, hari ini Sony Malaysia mengesahkan konsol PlayStation 5 bakal dilancarkan di Malaysia pada 11 Disember 2020

Menerusi status yang dimuat naik di Facebook, pihak Sony Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi konsol ini dimana PlayStation 5 edisi digital bakal dijual dengan harga RM1,869 manakala versi Ultra HD Blu-ray bakal hadir dengan harga RM2,299.

Dalam pada itu, pihak Sony Malaysia turut mengumumkan harga bagi aksesori PlayStation terdiri daripada DualSense yang bakal hadir dengan tanda harga RM349. Fon kepala Pulse 3D dengan harga RM469 dan Dual Sense Charger pada harga RM149.

Image via PlayStation 5

Tempahan awal PlayStation 5 boleh dibuat bermula esok, 12 November 2020 di beberapa Sony Store dan penjual terpilih

Image via PlayStation 5

Selain itu, antara permainan atau game seperti Marvel's Spider-Man: Miles Morales, Call of Duty: Black Ops Cold War, dan Demon's Souls turut akan dijual pada harga bermula  RM209 hingga RM299 setiap satu.

Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan awal PlayStation 5 dan senarai Sony Store dan penjual terpilih, anda boleh sahaja klik di sini.

Image via Sony Malaysia

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: