Tempat Jual Barang Bekas Kekasih, 'Kedai Pernah Sayang' Ini Bantu Pasangan Untuk Move On
Boleh jual dan dapatkan duit!
Ramai yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan terhadap barang-barang yang mempunyai kenangan manis bersama bekas pasangan
Malah, ada yang sering mengembalikan semula barang pemberian bekas kekasih sebagai satu cara penyelesaian untuk cepat move on setelah hubungan cinta terputus di tengah jalan.
Lebih buruk lagi, ada yang sanggup bakar barang-barang berkenaan sebab dah tak nak ingat dekat si dia.
Namun, tahukah anda terdapat sebuah kedai di Instagram yang mana boleh digunakan oleh mana-mana para gadis atau jejaka yang mahu menjual barangan bekas kekasih sekaligus dapat pulangan wang segera.
Menerusi perkongsian seorang pengguna di Twitter, @_natashaanuar telah menjumpai kedai dikatakan menjual semula barangan preloved yang pernah diberikan oleh bekas kekasih
Baca perkongsian penuh gadis itu di bawah:
Jika dilihat semua gambar di Instagram berkenaan juga tertulis nota peribadi dan tahap kebencian mereka terhadap bekas kekasih mereka.
Sementara itu, pemilik Instagram tersebut turut memuat naik satu ciapan balas memberitahu ada banyak kisah yang terjadi disebalik barang-barang yang dijual oleh pemilik barangan berkenaan
Malah hasil tinjauan di Instagram Story @kedaipernahsayang itu juga, pemiliknya turut menyatakan tujuan dia mewujudkan platform tersebut untuk orang ramai yang masih belum move on dan masih menyimpan barangan hadiah daripada bekas kekasih.
Pemilik Instagram juga memberitahu dia melakukan perkhidmatan untuk sesiapa yang mahu menjual barangan mereka bagi melupakan kenangan lama bersama bekas kekasih.
Lebih melucukan lagi, ada yang ingin menjual motosikal yang dihadiahkan oleh bekas kekasih sebelum ini kerana suaminya marah sebab masih menggunakannya sehingga sekarang walaupun sudah berkahwin.
Posting berkenaan mendapat perhatian ramai netizen yang sebelum ini tidak terfikir untuk menjual barang-barang berkenaan di media sosial.
Malah, rata-rata mereka juga bersetuju dan menyokong dengan usaha pemilik kedai di Instagram berkenaan mewujudkan platform itu untuk mereka.
Jadi, tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk menjual semula barangan bekas kekasih anda. Selain mengelakkan pembaziran dapat juga pulangan wang ringgit! :)