seismik

NASA Jumpa Air Di Bulan, Orang Selangor Pula Bikin Riuh Sampai Dapat Perhatian Saintis USA

Hebat isu air di Selangor ni sampai dapat tarik perhatian negara luar.

Cover image via Cosmo Magazine & @ravenscimaven (Twitter)

Selalunya kita akan membayangkan Bukan itu berupa kering, tandus dan berdebu. Tapi, tahukah anda sebenarnya ia telah disangkal 11 tahun lepas apabila data yang dikumpul robot di sana mendapati permukaan Bulan sebenarnya lembap.

Bagaimana air di bulan terhasil?

Sudah tentu, air yang ditemui adalah air yang sama seperti yang kita minum di bumi. Tetapi, kandungannya sangat sedikit dan hanya beberapa ribu kilogram tanah bulan perlu diproses untuk mendapatkan 1 kilogram air tersebut.

Namun, yang menjadi persoalannya bagaimana terhasilnya air di bulan? Ia sangat menjadi tanda tanya. Disebabkan itu, scientist merasakan ia terbentuk daripada pelanggaran mikrometeorit dengan permukaan lunar.

Ia ditambah dengan sinar kosmik dan agin solar. Jadi, molekul air terhasil dan terperangkap dalam kaca yang terbentuk daripada fenomena itu dan menyebabkan ia dapat bertahan dalam persekitaran yang ekstrim.

Image via Air Space

Apa pentingnya penemuan air di Bulan ini?

Kini, NASA sedang berusaha menghantar semula manusia ke bulan menerusi program Artemis. Mereka dalam perancangan untuk membina pangkalan kekal di sana menjelang penghujung dekad.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kewujudan air membolehkan lebih banyak usaha lanjut dibuat seperti para angkasawan dapat tinggal lebih lama di bulan dan mengolah molekul air untuk menghasilkan oksigen dan hidrogen.

Ianya adalah untuk bahan bakar roket atau penjanaan kuasa, malah menjalankan eksperimen pertanian.

Pastinya, langkah itu masih jauh untuk mencapai visi mencari penempatan baharu di tempat yang belum pasti.

Gambaran bagaimana SOFIA menjalankan cerapan, dan bagaimana molekul air H2O terperangkap di dalam batuan permukaan Bulan.

Image via NASA

Dalam pada itu, penemuan tersebut turut menarik perhatian ahli biologi molekul dan komunikator sains dari Amerika yang mengaitkannya dengan gangguan bekalan air di Selangor

Rata-rata netizen juga turut meninggalakan pelbagai reaksi komen diruangannya dan berpendapat isu air di Selangor itu sangat besar sehingga menarik perhatian ahli biologi dan komunikator sains tersebut.

So kita tunggu kajian lebih lanjut yang akan dikeluarkan oleh NASA nanti. Satu penemuan yang menarik ni.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: