Lelaki Ini Hampir Kena Scam Bayar Bil RM12,311 Selepas Keluar Dengan Wanita Bawa 23 Teman
First date yang bertukar menjadi mimpi ngeri.
Bagi sesetengah orang, temu janji pertama atau first date merupakan saat yang manis buat mereka kerana itu ialah pertemuan pertama
Pastinya pertemuan kali pertama adalah sesi suai kenal antara hanya anda dan pasangan. Maklumlah, first date ni kita nak kena tahu sedikit sebanyak latar belakang seseorang tu dahulu.
Namun, lain pula kisah yang terjadi dengan seorang lelaki di China ini apabila pertemuan pertamanya bertukar kepada mimpi ngeri.
Menerusi sumber, lelaki yang berusia 29 tahun yang dikenali sebagai Liu itu dikatakan telah bersetuju untuk berjumpa dengan wanita berkenaan buat kali pertama selepas diperkenalkan oleh ibunya.
Difahamkan wanita berkenaan telah bersetuju untuk berjumpa lelaki tersebut dan dia bukan datang seorang diri malah, membawa seramai 23 orang rakan termasuk saudara-maranya.
Konon nak uji kebaikan si lelaki yang baru dikenalinya itu
Wanita itu kononnya telah membawa mereka semua untuk turut serta kerana mahu menguji kebaikan dan kemurahan hati lelaki yang baru dikenalinya itu.
Mereka berdua telah pun memilih untuk mengadakan temu janji di salah sebuah restoran di Dongguan.
Bagaimanapun, pertemuan pertama itu bertukar menjadi tragis apabila lelaki itu merasa terkejut dan kecewa dengan tindakan wanita berkenaan membawa 23 orang kenalannya itu.
Lelaki itu bertindak dengan keluar dari restoran itu lebih awal
Oleh kerana tindakan wanita itu, Liu bertindak bijak apabila dia memutuskan untuk meninggalkan restoran tersebut dengan lebih awal kerana enggan membayarnya.
Menyedari kehilangan lelaki tersebut, wanita itu terpaksa membayar bil makanannya itu sendiri selepas Liu gagal untuk dihubungi.
Namun bukan itu saja, Liu juga turut dimaklumkan untuk membayar bil makanan yang berjumlah 19,800 yuan bersamaan RM12,311.
Begitupun, Liu akhirnya tetap bersetuju untuk membayar membayar dua meja saja dan baki selebihnya iaitu 15,402 yuan (RM9,576) perlu diselesaikan oleh wanita terbabit.
Dia juga memberitahu kepada restoran berkenaan, yang dia telah pun dianiaya oleh wanita itu dan menjadi mangsanya.
Insiden tersebut kemudian mula tular di China dan rata-rata netizen memberikan kata simpati kepada Liu dan mengecam teruk dengan tindakan perempuan tersebut yang dikategorikan sebagai tidak tahu malu.
Teringat filem Bujang Lapok dulu, Allahyarham P. Ramlee kena tipu dengan perempuan first date dekat restoran, macam inilah situasi dia :)