Dari Saiz 6XL Ke M, Wanita Ini Kongsi Tips Pemakanan Turun Sampai 48KG. Wow Hebatnya!
Usaha tangga kejayaan.
Siapa sangka berkat kesabaran dan kegigihannya menjaga pemakanan dan bersenam setiap hari membuahkan hasil sehingga berjaya menurunkan berat badannya sehingga 48 kilogram
Begitulah keterujaan seorang wanita apabila dia yang dahulunya bersaiz 5XL sehingga 6XL, kini berjaya memakai pakaian yang bersaiz M atau L.
Menerusi perkongsian di Facebook, wanita yang dikenali sebagai Isma Suria itu, sejak setahun lalu dia bertekad untuk menurunkan berat badan dan ingin menjaga pemakanan hariannya.
Mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang dan lebihkan sayuran
Menerusi sumber, Isma memberitahu dia sekarang sedang mengambil oat dan melebihkan sayuran dalam menu sehariannya.
“Tips yang selalu saya buat, bila sarapan makan oat atau telur separuh masak atau buah-buahan"
"Tengah hari, nasi sedikit, lebihkan sayuran dan ayam atau ikan. Malam hanya minum air kosong atau pun buah-buahan,” katanya.
Kerap melakukan senaman seperti tabata dan zumba
Tidak hanya mengamalkan pemakanan yang seimbang, Isma juga berkongsi dia turut melakukan senaman seperti tabata dan zumba tidak kurang daripada 30 minit sehingga satu jam.
Selain itu, jika berkelapangan dia akan melakukan aktiviti luar seperti berbasikal atau memanjat bukit pada hujung minggu.
“Selalu hiking atau berbasikal bila hujung minggu. Kadang-kadang ikut kelas senaman 30 minit hingga satu jam lebih bila rajin," katanya.
Dalam pada itu, dia menambah selalu konsisten dengan aktiviti mendaki dan berbasikal setiap pagi atau petang dalam 3 hingga 4 jam sehari atau lebih.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua yang masih berusaha untuk turun berat badan.