seismik

"Buat Tugasan Secara Online Je" - Tapi Gadis Ini Edit Video Macam Filem Enola Holmes!

Bila media sosial jadi platform tunjukkan bakat semua idea keluar.

Cover image via @noraugh (TikTok)

Tentunya pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia memberikan impak yang besar kepada seluruh negara

Bukan saja dari segi ekonomi negara yang semakin merundum, malah perniagaan juga ada yang terpaksa tutup, diberhentikan kerja dan sebagainya.

Antara golongan yang terkesan dengan pandemik ialah pelajar kerana terpaksa mengikuti kelas pengajian secara dalam talian atau online class.

Namun dalam keadaan norma baru itu, ia tidak menghalang seseorang pelajar untuk tampil kemas dan kreatif walaupun di rumah.

Inspirasi daripada filem misteri Enola Holmes

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai video pengenalan yang dihasilkan oleh seorang gadis bagi satu subjek pengajian yang menerima hampir 50,000 tontonan.

Dia memberitahu pensyarah subjek pengajian tersebut meminta mereka untuk membuat video pengenalan diri masing-masing dan dia mendapat ilham daripada filem misteri Enola Holmes.

Menerusi sumber, gadis yang dikenali sebagai Nora itu mendedahkan video pengenalan untuk subjek Business Analytics itu diinsiprasikan kerana dia baru menontonnya baru-baru ini. 

"Saya baru saja masuk semester ketiga. Sekarang semua belajar online. Jadi, ada pensyarah yang minta memperkenalkan diri melalui WhatsApp dan ada juga yang kena buat video"

"Untuk subjek ini, pensyarah minta saya buat video. Boleh je setakat perkenalkan diri seperti biasa, tapi saya suka yang ekstra. Over the top dan bagi 100%" katanya.

Ambil masa satu hari saja untuk rakaman

Dalam pada itu, dia juga memberitahu telah mempunyai banyak idea untuk membuat video tersebut seperti Harry Potter dan sebagainya. Tetapi, dia memutuskan untuk memilih daripada sedutan filem Enola Holmes memandangkan ia sedang hangat dan popular.

Menurutnya, sesi rakaman tersebut telah dibantu oleh adiknya dan mengambil masa satu hari saja. Dia kemudian membuat suntingan pada hari berikutnya dan sama sekali tidak menyangka ia akan menjadi tular di aplikasi TikTok.

"Video pun dah dihantar dan alhamdulillah pensyarah kata dia suka video ni. Dia pun mengetahui pasal filem itu dan menontonnya"

Pembelajaran dalam talian waktu pandemik adalah cabaran buat pelajar

Bercerita mengenai wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara, Nora mengakui pembelajaran dalam talian sewaktu era pandemik adalah cabaran yang besar buat golongan pelajar.

Dia berpendapat ianya lebih mencabar berbanding pengajian biasa secara bersemuka. Mereka perlu hadapi cabaran dari segi mental, kerana memerlukan interaksi. Kini, semuanya hanya menggunakan telefon dan laptop.

Menurutnya, keseronokan dalam pembelajaran itu seperti tidak ada kerana semuanya memerlukan secara online. Kadang kala ia memberikan cabaran lebih-lebih lagi bila internet slow.

Lihat video penuh di bawah:

@noraugh

my lect said do an introductory vid. so I did it Enola Holmes style. ##louispatridge ##millybobbybrown ##enolaholmesedit

original sound - nora zol

Rata-rata netizen juga meninggalkan komen positif padanya atas usaha dan idea yang dilakukan

Kreatif betul idea student sekarang. Semuanya dihujung jari.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: