seismik

[VIDEO] Niat Nak Tolong Kepala Lembu Daripada Tersangkut, Tapi Bila Buka Lain Pula Jadi

Dia pulak jadi mangsa.

Cover image via @HermyRahim (Twitter)

Menolong atau memberikan makanan kepada haiwan merupakan amalan mulia yang patut diamalkan

Seperti kucing, adakalanya haiwan comel berkenaan akan mendekati kita untuk meminta sedikit makanan.

Ada antara kita yang sudi berkongsi sedikit rezeki untuk diberikan kepada kucing yang tidak bertuan itu.

Namun, bukan saja kucing yang menjadi keutamaan tetapi haiwan yang lain juga.

Seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang lelaki yang ingin menolong seekor lembu daripada tersangkut bertukar menjadi satu insiden yang kelakar.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Wikiwand

Ternampak kepala lembu tersangkut pada baldi dan mahu menolong

Menerusi perkongsian video itu, kelihatan seorang lelaki yang kebetulan lalu dijalan sama ternampak seekor lembu tersangkut pada baldi.

Dia kemudian mengambil keputusan untuk menolongnya supaya lembu berkenaan bebas daripada masalah tersebut.

Lepas dah buka lain pula yang lembu buat pada lelaki tersebut

Namun begitu, lain pula yang terjadi selepas lelaki berkenaan membuka baldi tersebut daripada kepala lembu itu.

Dia malah dikejar oleh lembu tersebut selepas menolongnya. Keadaan menjadi sedikit tegang dan membuatkan individu yang merakam bersama beberapa orang rakan turut ketawa melihat insiden itu.

Ketika artikel ini ditulis video berkenaan telah meraih 5.8K retweets, 319 quotes tweets dan 5K likes.

Dalam pada itu, warganet turut memberi reaksi menghiburkan apabila melihat video berkenaan dan bersimpati dengan nasib lelaki tersebut

Aduhai, kesian pulak tengok lelaki tu. Dah baik-baik tolong sekali kena kejar pulak!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: