[VIDEO] Panik Tiba-Tiba Kena Kejar Dengan Angsa, Mak Cik Ini Tunjuk Cara Pertahankan Diri
Power mak cik!
Angsa adalah antara salah satu haiwan yang nakal dan gemar untuk mengejar orang secara tiba-tiba
Dengan muncung mulutnya yang tirus dan berwarna gelap, haiwan ini suka menyerang orang yang berdekatan dengannya.
Mungkin anda juga pernah lalui pengalaman yang sama bukan? Tetapi ada sesetengah orang boleh bertenang jika berdepan dengan haiwan 'samseng' itu, namun ada sesetengahnya pula boleh jadi gelabah bila diserang olehnya.
Angsa tiba-tiba berlari dan menyerang seorang mak cik
Baru-baru ini tular di laman sosial TikTok apabila seorang mak cik menjadi sasaran seekor angsa.
Mak cik itu kemudian mula panik dan menjerit kerana secara tiba-tiba angsa itu berlari laju dan datang ke arahnya.
Dalam keadaan takut, dia mula meminta pertolongan sambil menjerit kepada beberapa orang lain di kawasan itu. Malah, rakannya juga sempat merakam kejadian terbabit.
Pertahankan diri dengan mencengkam leher angsa
Namun, apa yang lebih melucukan adalah mak cik berkenaan nekad mencengkam leher angsa tersebut demi menyelamatkan diri daripada digigit menyebabkan orang yang berada di situ semua ketawa melihatnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 8.6 millions views, 509.4k likes dan 16.8k comments.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga turut terhibur melihat video berkenaan dan yang memuji tindakan mak cik berkenaan apabila dikejar angsa